Ahli PAS Pro Anwar Fitnah Harun Din 'Tolong Deal' Projek Syarikat Besar

harun-din-najib

Gesaan Harun Din baru-baru ini yang meminta suluruh pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) telah memabangkitkan kemarahan ahlinya yang disuarakan melalui laman sosial.

Ahli PAS pro Anwar yang bernama Zulhazmi pada Jumaat lepas dalam tulisanya telah mendedahkan nama seorang ahli Majlis Syura Ulama yang didakwa terlibat menjadi jurucakap kepada sebuah syarikat besar dalam satu  projek.

Tanpa berselindung, pemilik laman sosial tersebut mendedahkan nama Timbalan Mursyidul Am PAS itu sebagai orang perantara yang terlibat dalam 'deal' projek tersebut yang turut dikaitkan dengan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

ahli-pas-fitnah-harun-din
Ermmm..Klik sini
Dakwa Zulhazmi lagi, pada tahun 2009 lalu, Harun Din telah berjumpa dengan anak sulung Anwar Ibrahim yang bertujuan untuk memujuk supaya ahli Parlimen kawasan itu tidak membuat bantahan terhadap projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi. Namun penyokong tegar PKR itu tidak mendedahkan nama syarikat yang terlibat.

Zulhazmi turut mendakwa telah dimaklumkan bahawa menantu Harun Din bersama Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah membuat perjumpaan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin tanpa pengetahuan pimpinan PR.

Di akhir tulisanya, ahli PAS itu turut mempersoal motif  dan  apa kepentingan  Harun Din dalam syarikat tersebut sehingga sanggup menjadi jurucakp bagi melancarkan segala urusan projek syarikat berkenaan tanpa sebarang bantahan.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Apa kuasa anak puaka Al-Juburit Al-Ketum nak membantah apa2 projek pun? Dia exco kahhh???? Sekadar hormat jerrr title YB.... jika tak, boleh buat terus jer.....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.