Anwar Kecewa Dengan Sikap Munafik Hadi Awang

anwar-kecewa-hadi-munafik

Anwar Ibrahim melalui parti politik milik keluarganya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan rasa kecewa dan bengang terhadap tindakan Presiden Pas, Hadi Awang kerana tidak menghormati keputusan sebulat suara Pakatan Rakyat (PR) yang memilih isteri beliau sebagi calon Menteri Besar (MB) Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Jurucakap Anwar, Saifuddin Nasution yang juga merupakan Setiausaha Agung parti anak beranak itu menjelaskan bahawa keputusan memilih Wan Azizah sebagai calon MB Selangor sebenarnya telah dicapai antara pemimpin  tertinggi PKR, DAP dan PAS dalam satu mesyuarat khas pada 17 Ogos lepas.

Saifuddin meyifatkan tindakan Presiden PAS, Hadi Awang mencalonkan tiga nama Adun dari parti itu untuk dipilih sebagai calon menteri besar di Selangor dianggap sebagai perbuatan tikam belakang dan tidak boleh dimaafkan.

Pada Jumaat lepas, Hadi Awang dilaporkan telah menghantar tiga nama Adun PAS Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus sebagai calon MB Selangor bagi menyaingi PKR yang hanya mecalonkan satu nama iaitu isteri kepada bakal banduan Penjara Sg. Buloh, Wan Azizah.

Sebelum itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang dijangka akan meletak jawatan dalam masa terdekat ini.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Tahniah TGHA diatas taat setia yg ditunjukkan terhadap DYTM Tuanku Sultan Selangor. Anda telah menunjukkan tahap matematik yg tinggi berbanding dgn pkr. Bukan susah utk memenuhi permintaan Sultan..hanya serahkan nama calon yg diminta...itupun pkr gagal utk penuhi.....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.