LGE Akan Saman Siapa Sahaja Termasuk Polis Jika Ganggu PPS

lge-pps-komunis

Ramai terkejut beruk dengan pendedahan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berhubung Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang dikalsifikasikan sebagai sebuah bertubuhan haram.

Menurut maklumat, pasukan  tersebut yang dianggotai hampir 10,000 orang itu didapati tidak pernah berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Ekoran dari pendedahan tersebut, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar telah mengarahkan siasatan ke atas PPS yang dilihat sudah terpesong jauh dari tujuan asal penubuhanya.

Malah terdapat beberapa laporan Polis dibuat berikutan kekerasan yang dilakukan oleh anggota pertubuhan haram tersebut. Keadaan tidak selamat ini seolah-olah memberi gambaran bahawa pertubuhan haram yang diasaskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu mahu mengambil alih tugas pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan negeri. Kononya lah.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz itu memberi amaran kepada sesiapa sahaja termasuk pihak Polis yang cuba mengganggu pertubuhan haram milik DAP itu bakal berdepan dengan tindakan saman.
Klik sini untuk buktikan anda benar-benar rakyat Malaysia
Apalah nasib rakyat negara ini sekiranya DAP berjaya mengambil alih tampok pemerintahan negara setelah berjaya mengkeldaikan PKR dan PAS. Sikap angkuh anak kepada Lim Kit Siang ini langsung tidak mencerminkan keterbukaanya dalam menerima sesuatu isu atau teguran.

Ramai beranggapan, tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menubuhkan PSS ini dengan niat tertentu dengan untuk melatih dan merekrut kumpulan tertentu dan menjadikan mereka ini kebal dari undang-undang negara demi menjayakan agenda DAP dan tidak keterlaluan juga kalau hendak disamakan dengan kumpulan Komunis Bintang Tiga. Cuma pendekatan sahaja yang berbeza.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.