Giliran Pas 'Main' Belakang Anwar

pas-main-belakang-anwar

Harapan Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang berhasrat mahu melantik isterinya menjadi Menteri Besar (MB) Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim nampaknya tinggal harapan apabila 13 Adun Pas Selangor enggan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Wan Azizah.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dalam satu kenyataan medianya menjelaskan bahawa 13 Adun Pas negeri itu diarahkan supaya tidak menandatangani sebarang dokumen atau surat sokongan yang dikeluarkan PKR berhubung isu perlantikan jawatan MB Selangor yang melibatkan isteri kepada Ketua Pembangkang Paktan Rakyat (PR).

Sebelum ini, Pas dalam mesyuarat jawatankuasa parti itu yang diadakan baru-baru ini telah mencadangkan dua nama iaitu Azmin Ali dan Wan Azizah untuk dipilih sebagai calon MB Selangor yang baru.
wajah-wanita
Jangan terkejut jika anda lihat wajah wanita ini. Klik foto
Namun, setalah Azmin menarik diri dari dicalonkan, PKR dan Dap telah sepakat hanya akan menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana  untuk mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor sebelum boleh menduduki kerusi menteri besar.

Tindakan 13 Adun Pas Selangor yang enggan menyatakan sokongan kepada isteri Anwar Ibrahim dengan menandatangani  surat akuan bersumpah (SD) telah mendapat kecaman hebat dari pimpinan PKR dan Dap.

Pas dituduh sebagai pengkhianat PR kerana telah mengubah pendirinya di saat akhir apabila setiausaha agung parti Islam itu menyerahkan urusan perlantikan dan  menentukan siapa layak menjadi menteri besar yang baru kepada Sultan Selangor.
Share on Google Plus

About Jering Daily

2 comments:

  1. MaT sABU BAKAL hilang elaun dari DAP pulau Pinang..!

    BalasPadam
  2. Satu Uztad Spender Puteh Giant dan Satu lagi Ustad bilek 121 suka bau NoN_k..

    Dua2 Penzinah dan Kaki Maksiat!!!

    Tak boleh pakai!! Macam Sial!!

    Muka tak tau malu masih lagi nak berpolitik!!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.