Anwar Tetap Berkeras Mahu Isterinya Jadi MB Selangor

anwar-azizah-mb-selangor

Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim telah memutuskan perlantikan isterinya selaku calon Menteri Besar (MB)Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim adalah muktamad.

Anwar dalam satu kenyataan medianya semalam mengingatkan kepada rakan sekutu mereka iaitu Pas dan Dap supaya berpegang kepada perjanjian pemuafakatan yang dibuat sebelum ini yang telah bersetuju hanya satu nama sahaja akan dipilih sebagai MB Selangor.

Pada 17 Ogos lalu, mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara menolak cadangan Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat yang turut mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR yang pernah didawa terlibat dengan satu skandal seks 'ais krim' iaitu Azmin Ali sebagai calon untuk jawatan itu selain Wan Azizah.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin  Indirs Shah setelah kembalinya ke tanah air pada Selasa lalu telah bertitah supaya setiap parti politik yang mewakili Pakatan Rakyat mencadangkan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar yang baru.

Bagaimanapun titah Sultan Selangor itu tidak diendahkan Pkr dan Dap apabila kedua-dua parti itu terus berdegil mahu Wan Azizah memangku jawatan tersebut di atas kelayakan sebagai Adun Kajang. Kedua-dua parti sekular dalam PR itu juga menegaskan  bahawa pemilihan isteri Anwar sebagai calon tunggal Pakatan untuk jawatan MB Selangor adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam perlantikan MB Selangor seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Pas bagaimanapun dilaporkan akur dengan titah Sultan Selangor dan tidak akan menuruti arahan Anwar Ibrahim yang berkeras mencalonkan nama isterinya yang juga Presiden Pkr. Memetik laporan dari beberapa sumber, difahamkan Pas akan mencalonkan beberapa nama Adun dari parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Antara calon dari Pas Selangor itu ialah Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Ir. Mohd Haslin Hassan (Adun Tanjung Sepat).
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.