Khalid Ibrahim Bakal Buat Kejutan Besar Rabu ini

khalid-ibrahim-kejutan

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam satu sidang medianya hari ini menyatakan akn membuat beberapa pengumuman penting tentang kedudukanya selaku ketua pentadbir negeri pada hari Rabu depan.

Adun Pelabuhan Klang itu bagaimana pun menjelaskan, buat masa ini beliau tidak boleh membuat sebarang  kenyataan tentang perkara tersebut.

Berkata kepada wartwan, Khalid berharap semua pihak dapat bersabar sehingga hari Rabu ini jika ingin mengetahui apakah pengumuan penting yang akan diberitahu kepada media.

Pada Selasa lalu, Khalid Ibrahim telah menyatakan hasratnya  kepada Sultan Selangor, Sulat Sharafuddin Idris Shah untuk meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut perebuatan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Bagaimanapun hasratnya ingin bersara itu terpaksa ditanggungkan buat sementara waktu setelah Sultan Selangor menitahkan belian berbuat demikian sementara menunggu pengganti Menteri Besar Selangor yang baru di lantik.

Untuk mengelakkan Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat hanya mencalonkan nama isterinya sebagai pengganti Menteri Besar Selangor yang baru, Sultan Selangor telah menitahkan Pas, Dap dan Pkr supaya menghantar dua nama atau lebih untuk mewakili parti masing-masing sebagai pilihan untuk  jawatan tersebut sebelum atau pada Rabu ini.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.