Yammy Rela Dipecat UMNO, Sedia Sertai DAP

yammy-dap

KUALA LUMPUR: Yammy Samat rela dipecat Umno selepas menerima surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau menyifatkan parti itu tidak begitu serius dalam mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya memang dah dapat surat tunjuk sebab daripada Umno tetapi itu cuma salinan. Selepas tiga hari, saya masih belum terima salinan yang asal.

"Tak kan saya hendak jawab pada surat yang hanya salinan untuk Umno Perak dan Ipoh? Mereka hendak saya jawab ke tak nak? Biarlah profesional.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini.

Yammy Samat pada Isnin lalu akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno selepas 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterimanya.

Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana terdapat kesalahan alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy berkata, kemungkinan besar beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab itu kerana kekecewaannya terhadap cara Umno untuk mendapatkan penjelasannya.

"Saya dah penat menunggu dan saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mengikuti jejak anaknya menyertai DAP sekiranya dipecat dari Umno, Yammy memberitahu, beliau hanya mengambil keputusan untuk bersara daripada terbabit dalam politik.

"Saya tidak akan masuk mana-mana parti lain jika dipecat. Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun.

"Apapun, saya akan terus memberi sokongan kepada Dyana atas kapasiti saya sebagai seorang ibu. Tidak lebih daripada itu," katanya yang pernah menjadi Setiausaha Wanita Umno Bahagian Ipoh Barat.
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. umno pecat saja la pompuan ni...dia xnak pun jwb tu saja je buat alasan...salinan asal atau potostat ke tulisan or perkataan dlm surat tu sama saja tp sbb nak nampakkan umno tu jahat sbb tu dia jadikan isu..pergi la ko kat dap xde sapa nak halang pun..tak payah cakap byk la..lg pun ko xde apa2 pun pd umno..ko blah pun tak terkesan la..

    BalasPadam
  2. Bodoh.. kalau dah tahu surat sudah keluar. Jangan lah buat bodoh. jawab saja la. Nie mau juga surat yang asal. kan bodoh sombong nama nya

    BalasPadam
  3. Kalau orang dah rasa bersalah, Memang ada saja alasan nya.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.