Wanita MCA Buat Laporan Polis Kerana Takut Kena Hukum Hudud

wanita-mca-hudud-polis

Selepas Timbalan Presiden MCA menyuarakan hasrat partinya untuk keluar dari BN sekiranya UMNO menyokong perlaksanaan hukum Hudud di negara ini dalam satu forum wacana beberapa hari lepas. Tiba pula giliran wakil wanitnya tampil membuat laporan polis untuk menghalang PAS dari mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Parti MCA melalui Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di  Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.

Menurut Ooi Siew Kim lagi, tindakan Kerajaan Kelantan telah menyebabkan kaum wanita berbangsa Cina merasa bimbang dan terancam sekiranya perlaksanaan hukum Hudud menjadi kenyataan di Kelantan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan kini sudah bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian di Parlimen selewat-lewatnya November ini.
   
Beliau berkata draf undang-undang itu telahpun siap dan turut menegaskan bahawa perlaksanaan hukum Islam itu juga turut mendapat sokongan mejoriti rakyat bukan Islam di Kelantan.
Share on Google Plus

About Jering Daily

1 comments:

  1. Kalau lah wanita MCA tidak mahu dikenakan hukum hudud , nasihatkan sahaja rakan sebangsa dengan nya tidak ke malaysaia untuk menjual biji dicelah peha.. ( dalam hudud kes seperti ini akan dihukum rejam sampai mati atau apa sahaja yang sesuai , jika takut jangan buat .. itu sahaja , jadi adakah hukum hudud itu susah atau mudah ?

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.