Rakyat Malaysia Tidak Perlu Malu Dengan Identiti Sendiri

borang-rasmi-keturunan

Isu kaum dan keturuan yang terdapat dalam borang rasmi Kerajaan telah menjadi perbincangan hangat di laman sosial dan juga media massa. Polemik ini tercetus gara-gara keceluparan mulut seorang timbalan menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang akan kesan daripada kenyataanya yang kurang cerdik itu.

Akibatnya, isu ini telah dijadikan modal Pakatan Pembangkang untuk memburuk-burukkan Kerajaan dan banyak masa berharga terbuang kerana terpaksa menjawab isu remeh-temeh ini bagi membetulkan semula kekeliruan yang timbul di kalangan rakyat.

Di pihak Pembangkang pula, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil terpaksa mempertahankan parti milik keluarga Anwar itu sebagai satu pertubuhan pelbagai kaum kerana ruangan 'kaum' atau 'keturunan' dalam borang keahlianya tidak wajib diisi.

Fahmi terpaksa berkata demikian bagi mengulas tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyiarkan gambar borang keahlian PKR, yang terang-terangan mengandungi ruangan 'kaum'.

"Malah, PKR juga dikenali parti berbagai bangsa. Borang keahlian memerlukan kamu menyatakan bangsa. Anda fikirlah sendiri," katanya melalui twitternya.

Beliau menjawab kenyataan Abdul Rahman di Twitter yang mempersoalkan dakwaan PKR bahawa parti itu satu parti pelbagai kaum kerana turut meminta pemohon menyatakan keturunan dalam borang keahlian.

Walau tidak menafikan terdapatnya ruangan 'keturunan' dalam borang keahlian PKR, Fahmi menegaskan bahawa ruangan 'keturunan' yang terdapat dalam borang keahlian tersebut tidak wajib diisi dan tiada paksaan bagi sesiapa yang mahu mengisi ruangan 'keturunan' yang disediakan bertujuan untuk mengenal pasti komposisi kaum yang menyertai parti milik anak beranak Anwar Ibrahim itu.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Belut turut menerbitkan beberapa keping gambar borang rasmi yang dikeluarkan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kepada sesiapa sahaja yang ingin berurusan dengan kerajaan negeri.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.