Hudud: MCA Dipersila Keluar BN Dengan Segala Hormatnya

wee-ka-siong-hudud

Kenyataan Timbalan Presiden MCA bahawa parti yang mewakili kaum Cina itu akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya UMNO menyokong perlaksanaan hukum Hudud mendapat sokongan banyak pihak terutamanya dari kalangan orang Islam.

Ramai yang beranggapan kewujudan MCA dalam BN hari ini dilihat sebagai satu liabiliti yang akhirnya akan merugikan selagi parti itu terus kekal menganggotai parti Permerintah. Ramai yang berharap agar MCA segera keluar dari BN setelah melihat pemimpin parit itu gagal menarik sokongan kaum Cina pada PRU-13 yang lepas.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga turut menegaskan bahawa MCA tidak akan sesekali tunduk dan menyokong perlaksanaan hukum Hudud sebagai undang-undang tertinggi negara tidak kira samada UMNO atau PAS yang mengusulkan undang-undang tersebut di Parlimen untuk dibahaskan.

"Saya tidak setuju! Tak kira siapa yang bawa dan disokong oleh siapa termasuk Umno. Asas kita nak laksana ikut perlembagaan.

"Jamil Khir tidak wakili BN. Bukan satu persetujuan yang diwakili BN," katanya ketika diwawancara dalam satu forum wacana yang dianjurkan baru-baru ini.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Silakan keluar....tak sabar menanti saat itu.

    BalasPadam
  2. bagus hudu d lksanakn

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.