Nelydia Senrose Guna Alasan 'Professional' Untuk Beraksi Ghairah

Nelydia-Senrose-aksi-ghairah

Admin: Agak lama juga penulis tidak mengulas tentang kisah dunia hiburan tanah air. Setelah terbaca kenyataan kurang cerdik dan angkuh Nelydia Senrose di sebuah portal berita atas talian sebentar tadi, penulis terpanggil untuk mengulas ringkas tentangnya di sini.

Dalam satu kenyataanya, Nelydia Senrose memberi tahu dia melakukan aksi mesra tersebut bersama Sharnaaz kerana memenuhi tuntutan watak seperti yang tertulis dalam skrip dan kononya ingin memberi aksi mesra yang terbaik untuk tontonan semua.

Bagaimana pula, jika jalan cerita dalam novel tersebut menuntut melakukan aksi di ranjang? Adakah alasan 'kami professional' akan digunakan untuk menghalakan aksi itu?

Biar pun Qi Razali tidak berhak dan layak membataskan perbuatan bekas kekasihnya itu beraksi mesra dengan pelakon lelaki lain. Namun kena ingat, sebagai seoarang Muslim kita telah diberi tahu dan diajar tentang garis panduan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Ada sahaja alasan untuk melakukan maksiat. Seronok betul jadi artis. Sampai masa, masuk parti politik, bertudung litup kemudian buat pengakuan pada media 'saya sudah bertaubat'.

"Tiada Siapa Boleh Campur Urusan Lakonan Saya" - Nelydia Senrose

PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menjelaskan keputusan menerima tawaran bagi melakonkan adegan romantik atau mesra dalam sesebuah drama atau filem merupakan keputusannya sendiri tanpa melibatkan pihak lain termasuklah kekasihnya Qi Razali. Nelydia, 20, berkata, sebagai wanita yang sudah dewasa, dia tahu menjaga batasan ketika berlakon asalkan ia tidak menjejaskan maruah diri  dan keluarga.

"Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon.

Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi,”  katanya.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang adegan mesra antara dia dengan pelakon utama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Sharnaaz Ahmad yang dikatakan keterlaluan.

Dalam pada itu, Nelydia turut mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan.

Namun, katanya ia hanyalah sebagai memenuhi tuntutan watak yang tertulis dalam novel asalnya.

"Ya, saya akui ada babak lakonan kami yang agak keterlaluan, tetapi itu hanya kehendak novel yang memerlukan kami memberikan yang terbaik", katanya.

Sumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. skrip allah mcm mana pulak,naper tak ikut

    BalasPadam
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.