MCA, DAP Dan PKR Senada Tentang Perlaksanaan Hudud

mca-hudud
SHAH ALAM – Parti MCA tetap bertegas dalam membantah cadangan perlaksanaan hukum hudud yang dikatakan tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen, undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas Kelantan itu tidak relevan dengan akta undang-undang yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Perlaksanaan hukum hudud Pas tidak selari dengan hukum undang-undang Perlembagaan Persekutuan, ianya tidak sesuai kepada masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia, jika hukum hudud dilaksanakan,ianya akan memberi kesan yang teruk kepada rakyat.

“Semua pihak telah tahu bahawa MCA menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan hukum hudud, kami akan terus-menerus membantah perlaksanaan undang-undang teokratik,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyelar Ahli Parlimen Bukit Gelugor,  Karpal Singh yang mendakwa  MCA sebuah parti lemah kerana tidak membantah perlaksanaan hukum hudud.

“Sudah jelas bahawa dia cuba buat alasan untuk mengaburi ketidakcekapan DAP dalam menjaga hak-hak orang bukan Islam, mereka tidak berupaya menentang perlaksanaan hukum hudud Pas.

“Karpal Singh telah memilih sasaran yang salah untuk menyerang, DAP mempunyai 38 orang Ahli Parlimen namun mereka masih belum melakukan apa-apa untuk membantah undang-undang agama Pas namun kami akan terus melakukan bantahan terhadap perlaksanaan hukum hudud ini,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.