Langat 2 Tetap Akan Dilaksana Walau Ada Halangan Dari Pemimpin PR

langat-2-dun-selangor

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bakal dilaksanakan secepat mungkin.

Menurutnya, projek Langat 2 adalah sebahagian daripada komponen dalam projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor.

"Langat 2 adalah sebahagian daripada komponen di dalam projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor. Kerajaan negeri telah menandatangani tentang penerimaan projek tersebut.

"Pada ketika ini, (kita) hanya menangguhkan saja... untuk kelulusan berkaitan dengan penggunaan tanah dan projek tersebut kerana perbincangan mengenai penyusunan semula industri air di Selangor (dibuat) secara holistik.

" Buat masa ini saya nampak dalam masa terdekat, kita boleh melaksanakan penyusunan semula industri air dan Langat 2 adalah sebahagian daripada projek tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz yang menyentuh persetujuan beliau terhadap projek Langat 2.

Kemudian, Abdul Khalid turut mengesahkan satu lagi perjanjian bakal ditandatangani dalam masa terdekat ketika menjawab soalan dari Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang mahukan kepastian berkenaan tarikh pelaksanaan projek Langat 2.

"Kita sudah buat perjanjian dan dokumen perjanjian juga akan ditandatangani dalam masa yang sangat terdekat dimana kerajaan negeri dan pusat akan bekerjasama dalam penyusunan semula dan Langat 2 serentak dengan secepat mungkin.

"Ia akan dibuat bersama. Selangor beri kenyataan itu kerana kita telah bersedia untuk bersama," katanya.

Isu air terus menjadi bahan hujah di sidang Dun Selangor sejak beberapa hari lalu.

Hari ini, Paya Jaras mendesak agar kerajaan negeri menyelesaikan segera isu air yang sudah terlalu lama berlaku.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.