MB Selangor Dikritik Kerana Tidak Mempercayai Exco Sendiri

khalid lembing

SHAH ALAM - Adun PR mengkritik cara kerja Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan tidak mempercayai Exco.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mempertikai tindakan Abdul Khalid yang melaksanakan pemusatan kuasa kerana tidak yakin dengan Exco.

"Jangan jadi 'one man show' dengan pemusatan kuasa kerana menteri besar tak percaya dengan Exco dan beliau buat kerja sendiri.

"Cuba bahagi tugas kepada Exco lain iaitu Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi) , Adun Sabak (Sallehin Mukhyi) dan Adun Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah) supaya setiap enam bulan dapat bentang laporan," katanya ketika sesi perbahasan.

Hari ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  meminta  wakil rakyat tidak berbalah mengenai perkara yang tidak berfaedah sebaliknya menjalankan tugas untuk negeri di belakang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah perasmian mesyuarat pertama penggal kedua sidang dewan negeri Selangor berkata, baginda mahu semua ahli exco dan Adun bekerjasama dan bersatu untuk memajukan negeri dan bukannya bersengketa tanpa sebab.

"Wakil-wakil rakyat janganlah bercanggah dan berbalah mengenai perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya hendaklah menjalankan tugas-tugas mereka untuk kebaikan serta kesejahteraan rakyat dan Negeri Selangor,” titah baginda.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.