Kerajaan Belum Ada 'Software' Pungut Cukai GST - Mahfuz Omar

mahfuz-omar-software-gst

KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa masih belum bersedia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana masih belum mempunyai 'software' sendiri untuk memungut cukai tersebut.

Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mendakwa, sekiranya kerajaan sudah bersedia kenapa kerajaan masih 'mengupah' perkhidmatan MyEG untuk memungut cukai tersebut.

"Walaupun kami PR kecewa dengan keputusan perlaksanaan GST, tetapi perkara tersebut telah berlaku. Jadi di sini timbul satu persoalan kalau kerajaan sudah bersedia kenapa lantik MyEG untuk pungut cukai tersebut (GST).

"Kalau bersedia, sepatutnya kerajaan latih kumpulannya sendiri, ada mekanisma kutipan cukanya yang tersendiri. Tidak mustahil kerajaan akan menghentikan perkhidmatan ini, seperti mana yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion.

"Ini pasti merugikan rakyat. Kami mahukan penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara ini" katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST 2014. Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali dengan undian kali pertama pembangkang memperoleh 81 undi berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.

Undian kali kedua menyaksikan pembangkang kekal 81 undi, manakala penyokong kerajaan memperoleh 119 undi.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Hoiii....Cukai sekarang ni 10% - 16% (Gov. Tax 6% & Service Tax dikenakan oleh peniaga kepada rakyat 6% -10%) ... Bila dilaksanakan GST cuma 6% saja (Gov.Tax + Servis Tax = 6%) so mana leh untung..??? Mahfuz nak berniaga tak leh ambik untung lebih lagi dari segi service tax... sori mahfuz.....

    BalasPadam
  2. Adakah mamat tu tau apa gst tu? Nampak bodoh, buka mulut confirm bodoh........

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.