GST Tatap Dilaksana Walau Pembangkang Menang Undi Popular

Admin: Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang berita yang anda akan baca di bawa ini. Tetapi penulis ingin mengajak anda belajar ilmu matematik mudah yang mana kanak-kanak sekolah tadika juga tahu jawapanya.

Soalanya begini, di antara angka 118 dengan 81, yang manakah anda rasa lebih besar, dan popular jika ditertjemah dalam isitlah politik? Sila isikan jawapan anda di dalam ruangan komen yang disediakan di akhir artikel ini.

GST lulus, Pakatan pamer poster bantahan

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Poster yang antaranya bertulis “Tolak GST” itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.

Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.

Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.

Tiada perdebatan pada peringkat jawatankuasa kerana ahli parlimen pembangkang tidak mahu sebarang pindaan tetapi mahukan seluruh rang undang-undang ditarik.

Rang undang-undang ini seterusnya perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat diwartakan sebagai undang-undang kontroversi GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

Sumber: Malaysiakini
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.