Siapa 'Papa Gomo' Yang Sebenar?

Anwar Tayang Perut

Admin: "Muka macam saya, tapi perut itu tak sama seperti saya punya". Itu lah kenyataan Anwar ketika ditanya wartawan berkenaan dakwaan skandal seks yang mengaitkan diri Ketua Pembangkang Malaysia itu dengan seorang pelacur cina di sebuah kondominium tidak lama dulu.

Sampai sekarang kisah skandal seks yang melibatkan suami kepada Wan Azizah ini tetap kekal dalam ingatan rakyat Malaysia. Walau hebat macam mana pun Anwar dan penyokongnya menafikan individu yang terlibat melakukan aksi lucah dalam klip video tersebut, namun rakyat tetap percaya dan yakin bahawa Anwar memang si pelakunya.

Berkenaan isu saman Anwar terhadap CEO KL Pos ini yang dituduh sebagai pengendali blog Papa Gomo, penulis berpendapat pihak Mahkamah tidak perlu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah hanya kerana berdasarkan bukti dan hujah lemah peguam dan saksi Anwar yang boleh dipertikai kebenarnya.

Sementara Anwar belum dapat wang saman sebanyak RM800,000 seperti yang diarahkan pihak mahkmah, masih ada peluang buat Wan Muhammad Azri Wan Deris membuktikan dirinya bukan Papa Gomo seperti yang didakwa. Mungkin Wan Muhammad Azri boleh pinjam sekejap slogan keramat Anwar untuk kes ini iaitu 'lawan tetap lawan'.

Sekiranya penyokong taksub Anwar boleh terima kenyataan  bahawa bapa kepada Nurul Izzah ini bukan pelaku lucah dalam video 'Cinadoll' disebabkan perbezaan pada postur perutnya walau pakar telah mengesahkan video itu tulen tanpa sebarang pertindihan imej serta rakaman CCTV yang menunjukan Anwar berada di lokasi aksi perzinaan berlaku, jadi, apalah sangat dengan gambar yang dikemukakan oleh blogger pro Pembangkang kepada mahkamah kononya kenal sangat siapa pemilik blog Papa Gomo.

P/S: Penulis sendiri pun tak kenal siapa Papa Gomo sejak terjebak dalam dunia penulisan blog. Sebelum ini penulis hanya membayangkan individu yang mengendalikan blog popular PapaGomo.com itu berkulit hitam dan pendek orangya seperti foto di bawah.

papa gomo
Papa Gomo
"Muka macam saya. Tapi bukan saya."

Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000.

Wan Muhammad Azri berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop membuat keputusan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau.

Anwar memfailkan saman itu pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri, 31, adalah pemilik blog, www.papagomo.com yang menyiarkan artikel dan paparan video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa Wan Muhammad Azri, secara nyata atau tersirat menyatakan individu di dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan itu adalah beliau.

Sambil mempersoalkan mengapa Anwar, 67, sehingga hari ini tidak menyaman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Wan Muhammad Azri menegaskan, persoalan tersebut seharusnya ditanya oleh masyarakat kepada Anwar.

Shazryl Eskay adalah bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi merupakan salah seorang daripada 'Trio Datuk T' yang mendedahkan rakaman video seks dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita.

Dengan menyifatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai pembohong bersiri, Wan Muhammad Azri meminta agar Anwar bertaubat.

Katanya, beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut akan mengemukakan rayuan.

Sementara itu peguam, Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Wan Muhammad Azri berkata, pihaknya akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan, Isnin ini dan akan memohon supaya pelaksanaan penghakiman itu ditangguhkan.


Anwar selaku pihak plaintif, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Wan Muhammad Azri, yang dinamakan sebagai pihak defendan telah memfitnah beliau dengan mengeluarkan perkataan yang membawa maksud beliau, seorang tidak bermoral dan tidak layak menjadi pemimpin politik.

Dalam alasan penghakiman setebal 35 muka surat, Rosilah berkata, pernyataan fitnah tersebut merujuk secara peribadi kepada Anwar dan umum mengetahui siapakah plaintif, isteri dan anak perempuannya.

Pernyataan fitnah yang merujuk kepada plaintif itu, bagi Rosilah adalah melampau, terlalu menjijikkan, lucah dan mahkamah berpendapat, laman web atau blog tersebut dibuat khusus untuk memfitnah plaintif.

Mengenai gambar lelaki yang dirakam oleh penulis blog Perisik Rakyat, Mohd. Fauzi Mohd. Azmi yang memberi keterangan sebagai saksi plaintif, Rosilah mendapati gambar tersebut kelihatan sama seperti pihak defendan.

Setelah meneliti keterangan pihak defendan secara menyeluruh Rosilah berkata, kenyataan fitnah yang disiarkan di dalam internet telah tersebar luas dan boleh diakses hingga ke seluruh dunia dan akan mencemarkan reputasi Anwar.

Plaintif yang kini berada di Jepun diwakili peguam, N. Surendran dan Latheefa Koya.

Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Kalau cakap lebih nanti dituduh menghina mahkamah....Apa-apa pun tanggunglah sendiri di akhirat kelak!! Silap haribulan dapat tunai di dunia dan sewaktu masih bernyawa lagi.

    BalasPadam
  2. Umat Islam/Melayu asyik diLANGGAR sampai mati dgn. amat KEJAM oleh Lori/Bas buas, adakah mereka mendpt pampasan? Sedangkan PENGUSAHA lori/bas yg asyik ambil pemandu macm GENG KONGSI GELAP - apasal tak dikenakan tindakan lansung?! Dahlah tu, yg BERI rasuah, sampai berjuta, hanya dipenjara SATU hari selalunya! Nampaknya, kalau org. kaya buat salah, termasuk si PENDATANG KAPIR BUAS, akan TERLEPAS!

    Kes saman pula, sampai berjuta, 'mangsa' boleh dapat dgn. senang, walaupun 'mangsa-mangsa' memang adalah si DAJAL! Tanah Melayu ni dah jatuh ke tangan SYAITAN dan pengikutnya! ALLAH SWT akan turunkan bala - kerana PENGKHIANATAN pemimipin Islam/Melayu sendiri; yg, tidak tahu membela rakyat, terutamanya BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. miskin dan tertindas, akibat 'keadilan' SAMPAH, berlandaskan hukum KAPIR Barat-Zionis! Baik laksanakan hukum Syariah spt. Brunei!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.