Admin: Penulis tertanya-tanya mengapa Perdana Menteri, Najib Razak tidak menamakan jambatan kedua Pulau Pinang yang baru dengan nama 'Yap Ah Loy' atau 'Yap Tau Sah' memandangkan negeri yang terkenal dengan jolokan sebagai Pulau Mutiara itu yang mana mejoriti penduduk dan ketua menterinya sekarang berbangsa Cina.
Namun yang anehnya, Perdana Menteri menamakan jambatan baru itu sempena dengan nama Sultan Kedah sekarang iaitu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Pasti ramai dari kita garu kepala memikirkan apa kaitan Sultan Kedah dangan negeri Pulau Pinang, bukankah negeri ini tidak beraja?
Menurut sumber wikipedia, penulis difahamkan bahawa Pulau Pinang pada asalnya merupakan sebahgian daripada jajahan takhluk negeri Kedah sebelum diserahkan hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales sebagai penghormatan kepada Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Penulis juga diberitahu, dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol. Pembayaran wang pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan.
Mungkin inilah signifikanya Perdana Menteri menamakan jambatan kedua Pulau Pinang bersempena dengan nama Sultan Kedah merangkap YDP Agong sekarang. Secara tersiratnya pula Najib Razak cuba memberi isyarat kepada sesiapa sahaja yang cuba memisahkan Pulau Pinang dari Persekutuan Malaysia bahawa negeri yang ditadbir Pakatan DAP itu pada bila-bila masa sahaja boleh kembali ke pangkuan negeri Kedah.
Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
GEORGE TOWN: Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan...
"Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.
Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi Pulau Pinang dan koridor utara.
Menurutnya laluan selatan dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.
"Projek ini dicadangkan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan," katanya.
Najib berkata walaupun berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.
"...inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara," kata Perdana Menteri.-BERNAMA

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.