'Gagap' Jangan Disangka Bodoh

khalid-anwar-azmin

Apabila Anwar Ibrahim 'menawarkan' dirinya sebagai calon DUN Kajang, dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya menang, ada beberapa objektif yang telah berjaya dicapai oleh Anwar Ibrahim. Objektif pertama ialah, usahanya melaga-lagakan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim telah berjaya. Sikap bermuka-muka, hipokrit, kuat berlakon dan kaki temberang Anwar Ibrahim, telah berjaya memperdayakan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, bahkan lawan dan kawan PKR sendiri.

Seperti yang dikatakan oleh seorang pemimpin UMNO yang peka, Anwar Ibrahim telah banyak belajar daripada kesilapan silamnya. Anwar Ibrahim sekarang ini merupakan individu yang paling berhati-hati dan tidak memandang rendah sokongan yang diberikan kepadanya. Dia tidak percaya dan menerima bulat-bulat sebarang laporan daripada tukang pengampu dan tukang bodeknya. Sebaliknya Anwar Ibrahim turun sendiri untuk menilai dan melihat sokongan yang diberikan kepadanya.

Disebabkan itulah, Anwar Ibrahim telah merangka dan membuat rancangan yang teliti termasuklah membabitkan kalangan yang rapat serta dilihat sebagai orang kepercayaannya, termasuklah Azmin Ali sendiri.

Anwar Ibrahim mengalami sindrom di mana dia tidak mempercayai sesiapa pun, melainkan dirinya sendiri.

Jawatan selaku Menteri Besar Selangor sememangnya amat diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim. Bukan kerana jawatan atau perolehan atau pendapatan daripada jawatan berkenaan, sebaliknya ia perlu dilihat daripada survival Anwar Ibrahim dalam arus politik negara dan kebebasan dirinya sendiri.

Kes liwatnya benar-benar mengheret Anwar Ibrahim untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun sebelum ini. Walaupun Anwar Ibrahim kelihatan bersahaja, namun kalau kita perhatikan, setiap gerak langkah dan kelantangan Anwar Ibrahim, seringkali mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kes liwatnya ke atas bekas pembantu peribadinya sendiri.

Melaga-lagakan kepimpinan PKR, PAS dan DAP selain menimbulkan keributan dalam UMNO, amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar melihat jawatan Menteri Besar Selangor sebagai satu-satunya cara untuk dia terus terselamat. Mana mungkin Kerajaan Pusat akan memenjarakan seorang Menteri Besar terutama sekali dari negeri seperti Selangor sehinggakan menimbulkan kekecohan, kekacauan dan kemudian para pelabur keluar meninggalkan Selangor.

Sedangkan pada masa yang sama, Selangor merupakan lubuk emas Malaysia yang telah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Sebilangan besar pelabur dan pengilang luar ada di Selangor. Begitu juga dengan pejabat urusan dan pentadbiran mereka.

Membiarkan Selangor dalam kekacauan bererti, sengaja membiarkan sebahagian besar daripada pelabur angkat kaki meninggalkan Malaysia.

Itu yang dilihat oleh Anwar Ibrahim namun Khalid Ibrahim yang kerap diberikan label bebal mempunyai perancangan dan kadar politiknya yang tersendiri. Di sebalik tekanan agar dia melepaskan jawatan dan menyerahkan jawatan Menteri Besar Selangor secara sukarela kepada Anwar Ibrahim, kini sudah ada gerakan yang menyatukan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk memastikan Khalid Ibrahim tidak membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan satu pilihanraya negeri yang baru.

Khalid Ibrahim dilaporkan sekarang ini hanya mendapat sokongan daripada sebilangan kecil ADUN PAS dan DAP, keseluruhan ADUN UMNO-BN dan ADUN PKR yang berjawatan Exco. Justeru, kalau Khalid Ibrahim mahu memastikan dia mempunyai kedudukan yang kuat sekaligus mengenepikan Azmin Ali secara langsung daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Apatah lagi setelah Azmin Ali sendiri enggan melepaskan jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dalam 'perjanjian' yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dengan Khalid Ibrahim berhubung perletakan jawatan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Ancaman untuk membubarkan DUN Selangor selepas PRK DUN Kajang, pasti akan memberi kesan yang besar kepada kehadiran Pakatan Rakyat di Selangor dan seluruh Malaysia. Apatah lagi dengan krisis bekalan air yang semakin memuncak, akan menjadikan Pakatan Rakyat tidak mampu untuk bertahan daripada sebarang serangan daripada rakyat yang tidak berpuas hati kerana Pakatan Rakyat mempermain-mainkan jiwa dan perasaan mereka.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.