Jangan Lepas Geram Pada Mesin ATM, Masih Ada Harapan Dapat BR1M
BERNAMA
,
Isu Semasa
,
Jering Daily
,
Utama
Edit
Admin: Alhamdulillah! Lega bila dapat berita ini. Nampaknya masih ada harapan lagi kepada sesiapa sahaja yang layak menerima wang bantuan tersebut.
Jadi tak perlu lah kita nak marah-marah pada kerajaan atau lepaskan geram pada mesin ATM kerana duit bantuan yang diharap masih tidak di masukkan ke dalam akaun bank.
Mari kita berdoa beramai-ramai agar nama termasuk dalam senarai penerima BR1M untuk pusingan kali kedua yang dijangka tamat pada pertengahan Mac ini. Sekiraya tak dapat juga selepas berusaha dan berdoa anggap sahaja itu bukan rezeki kita.
P/S: Penulis pun tak dapat lagi...hehehe
Dua juta lagi terima BR1M 3.0 bulan depan - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Masalah kira-kira dua juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang belum mendapat bantuan itu dijangka diselesaikan selewat-lewatnya bulan depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, masalah itu timbul berikutan tempoh memproses kira-kira lapan juta permohonan yang berjaya terlalu singkat iaitu dari tarikh tutup permohonan pada 31 Januari lalu hingga tarikh dilancarkan pada 22 Februari lalu.
"Kira-kira enam juta permohonan berjaya diselesaikan pada 22 Februari lalu iaitu bagi pemohon awal yang terdahulu menyertakan nombor akaun mereka dan secara berperingkat bermula 23 Februari lalu bagi yang tidak mempunyai nombor akaun.
"Saya berharap penerima BR1M 3.0 bersabar dan kami akan cuba menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya bulan Mac," katanya dalam sidang akhbar berkenaan perkara itu dan Dialog Ekonomi Gabungan Rakyat (Dengar) di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai maklum balas orang ramai berkenaan kelewatan penerimaan BR1M 3.0 oleh sebahagian penerima. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.