Sejak beberapa pusat mengundi dibuka seawal jam 8 pagi lagi di Dun Kajang, kaum Cina dilihat lebih awal datang secara beramai-ramai untuk membuang undi. Bilangan pengundi dari kaum Melayu pula dilihat agak sedikit yang keluar mengundi pada sesi belah pagi ini.
Setakat jam 10 pagi tadi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kenyataan, seramai 8,433 pengundi atau 22.16 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.
Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Menurut laporan yang diterima, Pakatan Rakyat Selangor (PR) telah membelanjakan peruntukan yang besar dalam PRK kali ini untuk membawa pengundi-pengundi Cina yang menetap atau bekerja di luar Kajang agar balik mengundi.
PAS yang sebelum ini dilihat tidak bergitu ghairah dengan PRK Dun Kajang, juga nampaknya telah membuka sebuah barong di PDM Taman Mesra. Namun pihak polis telah mengarahkan supaya barong tersebut disuraikan kerana telah melanggar akta pilihanraya. Kekecohan dilapor turut berlaku ekoran arahan pihak polis itu.
Sekiranya senario pengundian ini kekal sehingga tamat masa mengundi pada jam 5 petang ini, peluang untuk BN menang atau mengurangkan mejoriti undi dalam pertandingan PRK Dun Kajang ini tidak akan menjadi kenyataan.

Lagi Laporan terkini PRK Dun Kajang:
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.