Anwar Perlu Tunjuk Jam Omega Sebelum Cabar Menteri Pertahanan Letak Jawatan

mh370-Hishammuddin-letak-jawatan

Bab cabar mencabar ini sememangnya menjadi kegemaran Anwar Ibrahim, oleh kerana cabaranya tidak pernah disahut atau dipedulikan oleh seteru politiknya, sampai sekarang ketua Pembangkang Malaysia yang didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya terus gila meroyan demi sekelumit perhatian.

Selain suka mencabar dan meliwat, Anwar Ibrahim juga suka pada publisiti serta perhatian dari orang ramai. Semua ini dilakukan supaya rakyat akan ingat bahawa dirinya masih relevan dalam dunia politik hari ini. Memandangkan tidak lama lagi suami kepada Presiden PKR ini akan dipenjarakan semula setelah dibuktikan meliwat, maka peluang yang berbaki ini diguna sebaik mengkin untuk meraih simpati.

Percayalah, selepas Anwar Ibrahim dipenjara, Malaysia akan sekali lagi melalui tempoh aman seperti yang pernah dirasai semasa Anwar dipenjara dahulu atas kesalahan salah guna kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi lah Anwar Ibrahim peluang pada dirinya melepaskan 'gian' berceramah dan berkempen memburuk-burukkan pemimpin negera sementara masa masih ada sebelum mendaftarkan diri menjadi ahli persatuan tirai besi di Sungai Buloh.

Berbalik kepada cabaran letak jawatan terhadap Hishammudin selaku Menteri Pertahanan kerana tidak memberi jawapan balas terhadap segala persoalan yang dibangkitkan Anwar berkenaan radar pertahanan Malaysia gagal mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lepas, diharap pihak kementerian terlibat tidak perlu menjawab pertanyaan tersebut kerana ia akan membuka lebih banyak persoalan dan ruang untuk Anwar mendedahkan lokasi atau aset pertahanan milik negara kepada pihak musuh.

Jika menyentuh hal pertahanan ini, ia merupakan isu yang sangat sensitif dan tidak semua perkara yang melibatkan pertahanan negara seperti kedudukan radar atau apa sahaja yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak boleh didedahkan secara terbuka atau diberitahu kepada media. Adakah Anwar faham perkara ini semasa dia masih lagi dalam kerajaan dulu?

Cabaran harus dibalas dengan cabaran juga. Sekiranya Anwar mahu Menteri Pertahanan Malaysia melatakkan jawatanya kerana tidak memberi maklum balas tentang isu radar yang dibangkitkan. Tidak salah rasanya, Hishammuddin selaku Menteri Pertahanan turut mencabar Anwar supaya menunjukkan jam tangan OMEGA miliknya bagi menafikan segala tuduhan zina dengan seorang pelacur Cina seperti yang pernah didedahkan oleh 'Trio Datuk T' tidak lama dahulu.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. TAAAPiiiii....! Bagus juga Menteri tidak ada TELOR tu letak jawatan, apabila jadi menteri KDN dulu tidak dapat settle KES Lahad Datu dan sekarang Bila Memangku jawatan Menteri Pengangkutan kena lagi KES MH370, Jawatan Menteri Pertahanan pula entah apa lagi KES...jauh-jauhkan lah..Serahlah jawatan Menteri Pengangkutan kepada pihak MCA, MCA kan da setujuh terima jawatan dalam kabinet...kenapa nak ditangguhkan...Saya bukan penyokong PR tapi REKOD Menteri Keris ni tiada kemajuan pun, Jadi Menetri Belia dan sukan pun, entah kemana kemajuan dulu, disyorkan jadi menteri Pembangunan Wanita jer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa wakil BN yang anda rasa layak untuk menyandang jawatan Menteri Pertahanan sekarang?

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.