PRK Kajang: Undi Cina Solid Milik Calon PKR

prk-kajang-cina-wan-azizah
Admin: Sekiranya tepat jangkaan yang dibuat oleh SPR ini, maka peluang untuk BN menang dalam pertandingan Pilihanraya kecil Dun Kajang agak tipis kerana undi kaum Cina solid kepada calon PKR, Wan Azizah.

Setelah melakukan beberapa tinjauan sebelum tamat tempoh berkempen dibeberapa kawasan yang mana mejoriti penduduknya kaum cina di Kajang, mereka secara terbuka telah menyatakan akan mengundi calon PKR.

Apa untung nasib Barisan Nasional (BN) dalan pilihanraya kecil Dun Kajang ini sama-sama kita nantikan esok selepas tamat waktu pengundian. Selamat mengudi buat warga Kajang

KAJANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang akan keluar mengundi esok.
   
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.
   
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.
   
Pada masa sama beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.
   
Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di Dun itu melaksanakan tanggungjawab mereka.
   
Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen yang akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, Abdul Ghani berkata, SPR berpuas hati dan menyifatkan semua berjalan lancar.
   
Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.
   
Antaranya larangan merayu atau meraih undi, katanya.
   
Pilihan raya kecil Dun itu diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas.
   
Esok, pengundi di Dun itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. Salam

    Kajang-Selangor tu lubuk macai PR.. Cinabeng totok DAP anti BN tahap merah..meluap2 dh ubah negara Tanah Melyu ni...

    Melayu2 otak baru pulak..xhenti ulang skrip UMNO BN bodohkan rakyat.. tp hakikatnya merekalah dibodohkan PR, tp lagak bijak org bodoh yg boleh nk diajar... macai tetap macai.. letak TOYOL jd calon pun mereka akan pangkah, taksub dan benci dibimbing iblis..bisik dlm jiwa..

    ikut sukalah mereka nak undi siapa..lambat laun akan hancur juga oleh kburukan mereka..biar CinaBbai DAP akan hancurkan PAS.. selagi tidak berlaku hal ini selagi itulah UMNO jd bhn fitnah!

    BalasPadam
  2. Sama sama kita lihat boleh ke Jijah Kipas tu buat kerja..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.