PRK Kajang: Air Mani Anwar Bantu PR Tawan Hati Pengundi Melayu Kajang

wan-azizah-baby

Hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menawan hati pengundi Melayu, kata calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Dr Wan Azizah dalam temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider di Bilik Gerakan PR, di Kajang hari ini berkata, disebabkan keputusan mahkamah itu, pengundi Melayu yang sebelum ini sukar menerima PR mula menunjukkan respon positif.

"Bila mahkamah menjatuhkan hukuman, reaksinya jelas, mereka (pengundi Melayu) merasakan itu ketidakadilan terhadap Anwar," katanya.

Pengundi di DUN Kajang terdiri daripada kawasan campuran dengan pengundi Melayu membentuk 48% daripada keseluruhan 38,965 pengundi berdaftar.

Pengundi bukan Melayu membentuk sejumlah 51%, dengan pecahan pengundi Cina sebanyak 41%, dan pengundi India 10%.

"Mereka dikejutkan dengan keputusan mahkamah terhadap Anwar. Situasi itu mengejutkan pengundi Melayu," katanya.

Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar berkata, reaksi yang diterimanya daripada pengundi Melayu selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan sangat berbeza.

"Selepas hukuman dijatuhkan, penerimaannya berbeza. Mereka melihat Anwar dari kacamata beliau sebagai mangsa.

"Mula-mula memang ada suatu gambaran mereka tidak terima saya. Tetapi apabila Anwar pergi tazkirah di surau dan masjid, penerimaan begitu baik," katanya.

Dr Wan Azizah menggantikan Anwar sebagai calon PRK DUN Kajang berikutan kelayakan Anwar untuk bertanding di kerusi berkenaan terlucut setelah mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut.

Pemimpin PR ketika Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam mendakwa, tindakan Mahkamah Rayuan dan penetapan tarikh pilihan raya kecil di Kajang adalah konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggagalkan Anwar bertanding di Kajang.

Dr Wan Azizah berkata, beliau rela dilihat menjadi "bayangan Anwar" kerana melalui perkara itu, cabaran ketidakadilan terhadap pemimpin pembangkang itu akan dapat dirasai rakyat.

"Bila mereka lihat saya mereka akan nampak Anwar. Saya memang mahu mereka lihat itu, ketidakadilan yang berlaku," katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan guna pendekatan keibuan menangani konflik antara ahli dalam parti. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan guna pendekatan keibuan menangani konflik antara ahli dalam parti. Dr Wan Azizah juga mengakui, pada awalnya beliau keberatan apabila mesyuarat biro politik memilihnya menggantikan Anwar untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh itu.

"Saya enggan menyertai politik dengan aktif kerana saya rasa apabila Anwar dibebaskan pada 2005 saya sudah buat apa yang saya perlu buat.

"Tetapi apabila ini berlaku, PR berbincang dan keluar nama saya, malah biro politik saya sendiri. Saya berfikir ini sebahagian untuk negara," katanya.

Dr Wan Azizah berkata, keputusannya menerima cadangan PR itu adalah untuk kelangsungan generasi akan datang.

"Apa yang tinggal daripada hidup saya, saya rasa ini sumbangan untuk generasi akan datang," katanya.

Semasa tempoh Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa, Dr Wan Azizah mengetuai gerakan pembangkang dengan menubuhkan Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal bermula pada 1999, 2004 dan 2008 sebelum melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebaik sahaja dibebaskan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2014.Dr Wan Azizah juga pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah negara pada 2008.

Ditanya keupayaan beliau untuk meredakan ketegangan dalaman PKR antara timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata, beliau mempunyai "watak keibuan" untuk menyelesaikan perkara itu.

"Saya selalu menjadi individu yang mengamalkan pendekatan lembut . Saya mempunyai watak keibuan untuk menjayakan rekonsiliasi dalam PKR.

“Kami semua ibarat sekeluarga,” katanya.

Dr Wan Azizah akan bertanding satu lawan satu dengan calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

SPR menetapkan 23 Mac sebagai tarikh membuang undi untuk PRK DUN Kajang. - TMI
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Si PENDATANG BANGSATDAPBANGKAI RASIS yg. sekoq lagi jatuh, setelah hukuman dijatuhkan, disyaki nak menagih simpati, mcm. MO biasanya! Nanti, mungkin diharapnya Barat akan mengecam M'sia!

    Awatlah tak MAMPOS lagi si BANGSAT ni! Dan lihat GERTAKAN si BANGKAIDAP ini tak akan menyerahkan kerusi parlimennya, yg. jelas MELANGGAR undg-undg, sebab bila didenda $4,000 kena buat begitu. Apakah KDN akan berdiam diri bila puak si DAPBANGKAI boleh melanggar undg-undg sesuka hati ?!

    Lihat di http://www.nst.com.my/latest/karpal-fined-rm4-000-for-seditious-remark-1.507400:

    11 March 2014

    Karpal fined RM4,000 for seditious remark

    By Hidir Reduan

    KUALA LUMPUR: The High Court fined DAP chairman and Bukit Gelugor Member of Parliament (MP) Karpal Singh RM4,000 for committing sedition against the Sultan of Perak five years ago.
    Judge Datuk Paduka Azman Abdullah Azman ruled that even after taking into account Karpal's health and his 45-year service as a lawyer, the principles of sentencing must not be equivalent to "ant bites."

    "Every offence must be given a deterrent sentence for public interest. This is so the accused will not commit the offence daily without fear,” he said.

    "However, due to the special circumstance of the accused, this court does not wish to impose a custodial sentence."

    Azman then fined Karpal RM4,000. He however he did not specify the default jail term Karpal had to serve if the fine was not paid.

    As voices began to rise in reaction to the sentencing, Azman stood up, bowed and left.

    When met after the proceedings, Malaysian Bar president Christopher Leong said under normal circumstances, the Federal Constitution specifies an MP was disqualified if he was fined more than RM2,000 or sentenced to jail for more than a year.

    "However, a sitting MP will not be disqualified until he had exhausted all avenues of appeal," said Leong, who held a watching brief for the Malaysian Bar.

    Gobind Singh Deo, Karpal's counsel and son, said that an appeal would be filed soon against conviction and sentence…….

    Karpal, surrounded by supporters and his wife Gurmit Kaur, said he would continue to do his duty as an MP despite the sentencing.....

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Ibu yg sibuk nak selesaikan masalah rakyat tapi masalah dalam keluarga sendiri tak blh nak selesaikan.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.