Masalah Kesesakan Trafik Di Kajang Selesai Jika Undi Saya - Wan Azizah

wan-azizah-kajang-motor
KAJANG - PKR hari ini menerusi manifesto yang dilancarkan bagi memenangi hati pengundi di Dun Kajang menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah setempat di sini.

Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyatakan empat teras utama yang akan menjadi perhatian PKR ialah memastikan Kajang tidak lagi berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk menerusi Pelan Trafik Bandar Kajang 2018.

"... melantik jururunding trafik bebas untuk menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas di bandar Kajang," ujarnya.

Tonggak utama manifesto yang digariskan PKR di PRK N25 Kajang ialah memastikan kadar jenayah dan kawalan keselamatan di kawasan ini dapat dipertingkatkan.

"Teras ketiga ialah membangunkan anak muda dan usahawan kecil dengan mewujudkan Pusat Khidmat Kerja bagi menganjurkan program-program khusus untuk latihan pekerjaan dan nasihat kerjaya kepada golongan muda, selain meningkatkan peluang orang muda untuk menceburi perniagaan melalui program latihan keusahawanan percuma dan penyediaan kiosk-kiosk moden untuk peniaga kecil.

"Teras terakhir ialah meningkatkan pembangunan dan penyelenggaran bandar iaitu dengan meningkatkan prestasi kutipan sampah dengan mengusahakan tapak pelupusan sampah dan sisa pepejal yang baharu yang mesra alam bagi memendekkan jangka waktu kutipan sampah, selain memperkenalkan kaunter aduan bergerak wakil rakyat di kawasan perumahan pada setiap bulan bagi memudahkan rakyat setempat tampil membuat aduan," jelasnya ketika melancarkan manifesto di Pusat Gerakan Utama PKR, di Bangunan Mat Saman, di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

PRK Dun Kajang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Wan Azizah yang akan menentang calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac ini.

Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.