MH370: Bayaran Visa Keluarga Penumpang MH370 Ke Autralia Dikecualikan

mh370-Tony Abbott

MELBOURNE: Australia akan mengecualikan bayaran visa bagi anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 sekiranya mereka ingin datang ke negara itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu Parlimen Persekutuan bahawa bayaran itu akan dikecualikan bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi di Western Australia.

Beliau sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada sanak saudara dan keluarga penumpang serta anak kapal terbabit dan berkata usul rasmi berkaitan ucapan takziah itu akan dikemukakan pada Rabu.

"Berkemungkinan besar dalam beberapa hari dan minggu yang mendatang, banyak saudara mara penumpang pesawat MH370 akan berhasrat untuk datang ke Australia," kata Abbott kepada parlimen pada Selasa.

Malam Isnin Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370, yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) pada hari sama.

Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.