Gagal Pertahan Undi Melayu di Kajang, UMNO Selangor Wajar Dibubarkan

noh-omar-umno-selangor

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO dan Barisan Nasional, seperkara yang dapat disimpulkan ialah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Kajang-Hulu Langat sememangnya tidak mahu memenangi PRK ini. Dari awal lagi, mereka melihat PRK DUN Kajang sebagai cara menambah duit dalam kantung dan kaedah terbaik untuk duduk sebaris dengan pemimpin Pusat.

PKR memulakan kempen di Kajang seawal sebulan setengah dari tarikh pilihanraya. Sekalipun melanggar peraturan dan undang-undang pilihanraya, PKR tahu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia tidak akan berani berbuat apa-apa atau mengambil tindakan terhadap mereka. Dan bukan itu sahaja, kesamsengan dan perbuatan jenayah yang ditunjukkan oleh para petugas, penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri, tidak dapat diperbetulkan oleh sesiapa termasuklah oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.

Dalam tempoh itu, UMNO langsung tidak bergerak. MCA yang beria-ia mahukan kerusi DUN Kajang mereka tandingi, juga tidak bergerak walaupun mereka dapat melihat sendiri kempen-kempen agresif oleh PKR dan Pakatan Rakyat.

PKR dengan Anwar Ibrahim sebagai teraju utamanya, menumpukan perhatian ke kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti Taman Delima, Sungai Sekamat, Sungai Kantan dan sebagainya. UMNO yang berasakan kawasan tersebut sebagai kubu selamat mereka, sekadar memujuk hati sendiri, penyokong-penyokong Barisan Nasional di kawasan tersebut tidak akan goyah dan berpindah sokongan kerana Anwar Ibrahim dan PKR terlibat dengan jenayah liwat dan seks sejenis.

Pemuda UMNO baik dari Pusat, mahupun setempat, langsung tidak bekerja. Ketua-Ketua Cawangan dan sebahagian besar pemimpin Bahagian, masih sibuk bercakaran sesama sendiri dan menyatakan tidak puas hati berhubung tindakan seleweng Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat yang juga merupakan ADUN Semenyih, Johan Abdul Aziz.

Ada banyak cerita tentang Johan Abdul Aziz yang langsung tidak turun kawasan selain pembabitan Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang sangat lemah, tidak berdaya saing dan kreatif, selain hanya mementingkan tembolok kaum kroninya semata-mata.

Kelemahan UMNO dan Barisan Nasional terutama sekali MCA begitu ketara. Sekalipun semangat berkobar-kobar tetapi tanpa kerja keras, tidak akan berhasil. Keganjilan ketara ialah kurangnya iltizam di kalangan pemimpin-pemimpin kecil dan besar UMNO-MCA untuk turun bersama-sama akar umbi.

Ini dapat dilihat terutama sekali dari segi kempen di Kajang. Sekalipun dalam tempoh berkempen, ada kelibat pemimpin-pemimpin UMNO-MCA tetapi selesai tempoh berkempen, mereka hilang begitu sahaja. Sepatutnya tugas tersebut digalas dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin setempat, khususnya Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian tetapi sekali lagi usaha berkenaan tidak berterusan dan terhenti kerana pelbagai sebab, termasuklah percakaran sesama sendiri.

Di Sungai Jelok misalnya, petugas-petugas berhadapan dengan kerenah Ketua-Ketua Cawangan yang tidak secara langsung menyatakan mereka memboikot PRK DUN Kajang, bukan kerana tidak bersetuju dengan PKR dan Anwar Ibrahim tetapi kerana Johan Abdul Aziz dan UMNO Bahagian.

Begitu juga dengan MCA Sungai Chua yang jelas gagal menghasilkan sokongan daripada ahli-ahli MCA sendiri untuk Barisan Nasional, biarpun yang ditampilkan adalah pemimpin MCA sebagai calon DUN Kajang.

Walau apa pun alasan yang diberikan, sesiapa sahaja yang bekerja di peringkat bawahan dalam PRK DUN Kajang dapat menilai sendiri punca kekalahan BN di Kajang menerusi sumbangan para pemimpin setempat.

Justeru, sebelum berlaku lagi pilihanraya kecil di mana-mana bahagian di Selangor, sewajarnya UMNO dan Barisan Nasional menilai kekuatan sendiri terlebih dahulu dan mengurangkan percakaran sesama sendiri yang akhirnya menyusahkan petugas-petugas mereka di peringkat bawahan.

Dalam bahasa yang lebih mudah faham, UMNO dan Barisan Nasional Selangor seharusnya 'dibubarkan' dan menjalani proses post-mortem yang ketat dengan pembuat-pembuat ulah seperti Johan Abdul Aziz dan Noh Omar disingkirkan atau dipetisejukkan segera!

Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. YA ALLAH! Pemimpin UMNO harus sedaq JANGAN lagi BODEK pengundi Cina! Kalau tidak, bakal hancoq Tanah Melayu ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ini dikuasai PENDATANG KAPIR! Tak guna kita, BUMIPUTERA ISLAM/Melayu terus TUNDUK-mcm-KULI pd. bangsa PENDATANG-yg- tak-sedaq diri! Umat Islam/Melayu yg. BUKAN elit., dh puas merana dgn. PENGKHIANATAN Melayu ELIT liberal, samada dlm. UMNO/PAS/PKR – hentikan MENGGADAI hak dan TANAH PUSAKA nenek moyang kami, dr. sebelum diJAJAH si KAPIR laknat British-ZIONIS lagi!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..

      Kami pun meluat dgn perangai pemimpin UMNO Selangor

      Padam
  2. Sejak awal memang sepatutnya Noh Omar disngkirkan. Setelah gagal PRU-13 akibat sikap kelentongnya dengan meletakkan calon pilihan sendiri sesuka hati, beliau bukan sahaja masih diberikan kepercayaan tetapi dinaikkan daripada Timbalan Pengerusi kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Untuk berselindung, dalam website, masih tertera YAB Presiden sebagai Pengerusi, mengelirukan.

    Seeloknya, dalam setiap mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO yang akan datang, diusulkan undi tidak percaya kepada Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri atau yang seketikanya. Semoga pemergiannya akan disusuli oleh pegawai ICU yang lebih sudu daripada kuah.

    Itu pun jika UMNO berminat dan bersungguh-sungguh mahu bersaing dengan PAS/PKR/DAP di peringkat negerilah. Menang belum tentu lagi.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.