Khalid Lega Anwar Bakal Dipenjara

khalid-anwar-peluk
Khalid Ibrahim sudah boleh tersenyum riang apabila kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor sekarang terselamat daripada diramapas oleh Anwar Ibrahim setelah mahkamah mendapati Penasihat Ekonomi negeri Selangor itu bersalah kerana meliwat bekas pembantu pribadinya.

Selepas Anwar didapati bersalah, Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya telah menegaskan tidak akan meletak jawatan selagi belum mendapat nasihat daru Sultan Selangor.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor itu sudah menandatangani satu perjanjian perletakan jawatan sekiranya Anwar memenangi pertandingan pilihanraya kecil Dun Kajang sekaligus memberi laluan  kepada Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat dilantik sebagai MB Selangor yang baru sekiranya mendapat perkenan Sultan.

Biarpun sekarang Khalid Ibrahim cuba menunjuk rasa simpati terhadap bosnya yang didapati bersalah kerana meliwat dengan pelbagai kenyataan menghentam keputusan mahkamah, namun jauh di sudut hatinya sedang ketawa besar dan merasa lega kududukanya sebagai MB terselamat dan peluangnya merebut jawatan Timbalan Presiden  dalam pimilihan PKR akan datang semakin cerah setelah Azmin hilang tempat bemanja apabila Anwar dimasukkan ke dalam penjara kelak.

Keputusan Terhadap Anwar menjijikkan - Mb Selangor

SHAH ALAM : Keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjijikkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Konvensyen hari ini dipatahkan dengan keputusan mahkamah dari segi keputusan yang tidak dikira dibuang kes oleh Mahkmah Tinggi.

“Tetapi mengejutkan Anwar dikenakan penjara lima tahun,” katanya dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ke lima di Setia Alam Convention Centre, pagi ini.

Abdul Khalid berkata, semua pimpinan Pakatan perlu bersatu untuk memperjuangkan keadilan dan meneruskan kemaraan ke Putrajaya bersama-sama Anwar.

“Pakatan memperjuangkan keadilan dan hak, demokrasi mesti berlaku.

“Jadi kita perlu bersatu di bawah keadaan ini untuk perjuangkan keadilan supaya pemimpin kita tidak lagi disekat untuk mara ke Putrajaya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap konvensyen itu dijadikan medan untuk kepimpinan mencari langkah perlu demi memantapkan perjuangan Pakatan.

“Perjuangan ini banyak liku getir. Namun saya percaya ketabahan kita membawa ke satu perjuangan yang dipimpin oleh pemimpin amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.