KUALA LUMPUR - Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dan ketiga
masih diteruskan walaupun berlaku hujan di beberapa kawasan sejak
beberapa hari lepas, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas).
Dalam kenyataan hari ini Syabas berkata, pelan catuan bekalan air itu masih diteruskan sehingga ada pindaan atau arahan yang diterima daripada kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
"Bagaimanapun, ingin dimaklumkan loji rawatan air (LRA) Cheras Batu 11 telah dapat beroperasi semula pada pukul 9 malam semalam berikutan penurunan paras ammonia manakala LRA Bukit Tampoi masih lagi ditutup.
"Dengan itu, bekalan air yang dapat dikeluarkan LRA yang beroperasi tersebut telah disalurkan kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memberitahu paras ammonia di Sungai Langat masih belum dapat dipastikan sama ada tetap pada tahap yang rendah dan masih dalam pemantauan pengoperasian LRA.
Sementara itu, kenyataan itu juga memaklumkan agar pengguna sentiasa memberikan kerjasama penuh ke arah usaha mengurangkan penggunaan air dan terus berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lebih lama. - Bernama

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.