Bahagian Anwar Ibrahim dalam 'plot' kehilangan MH370 serta kaitannya dengan juruterbang pesawat tersebut telah diperkatakan secara meluas semalam. Rata-rata ambilan kepada sumber tersebut adalah pendedahan yang dibuat oleh media United Kingdom yang sebelum ini cukup hebat membela Anwar Ibrahim.
Biarpun yang gelap kian samar, dan dalam tempoh terdekat ia akan mencari terang seterang-terangnya berdasarkan kepada beberapa petunjuk terutama sekali kegementaran dan kepanikan Anwar Ibrahim sendiri, namun setakat ini ia masih kekal sebagai spekulasi dan teori semata-mata.
Namun spekulasi dan teori dari sudut lain juga tidak boleh ditolak dan dinafikan. Zaharie Ahmad Shah mungkin seorang penyokong Anwar Ibrahim yang fanatik tetapi dia sebagai KAMBING HITAM juga tidak boleh dinafikan.
Kalau kita perhalusi perkembangan di rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Timur dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terlalu banyak kaitan yang boleh kita perolehi. Terutama sekali dengan keengganan Vietnam membenarkan kawasan perairannya 'dimasuki' oleh Amerika Syarikat walaupun membiarkan aset-aset ketentera China bergerak melintasinya. Biarpun menyedari mereka kekurangan teknologi dan aset, Vietnam berkeras untuk tidak membenarkan kedaulatannya dicerobohi dan dikongsi semata-mata untuk mencari MH370.
Perlumbaan mendominasi kawasan Asia Timur, khususnya di Laut China Selatan dan Selat Melaka sudah berlarutan beratus-ratus tahun lamanya. Dari zaman sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka, dari zaman sebelum Manchu rebah di China, dari zaman alasan mencari rempah ratus sehinggalah ke zaman menguasai jaluran dan laluan perdagangan petroleum dunia, Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah kawasan paling strategik yang sangat diidam-idamkan oleh mana-mana kuasa dunia.
Justeru sesiapa sahaja yang sudi menjadi proksi kuasa-kuasa besar tersebut dan sudi membuka pintu untuk menempatkan pangkalan-pangkalan kuasa besar tersebut sekiranya mereka dinaikkan ke takhta kuasa, akan mendapat sokongan yang amat besar. Sokongan tersebut pastinya bermula dengan media elektronik dan cetak yang cuba menggambarkan individu tersebut sebagai PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN buat rakyat negara ini.
Apa yang berlaku kepada Usamah bin Laden dan Tragedi 9-11 selain pengakuannya bahawa Al-Qaeda yang melakukan serangan tersebut, dilihat sedang beransur-ansur menjelma dalam MISTERI KEHILANGAN MH370. Ada dalang besar di belakang kehilangan ini. Ada skrip besar yang melibatkan banyak kepentingan. Ada tangan ghaib yang sedang mempermain-mainkan 25 buah negara yang sedang bersatu mencari pesawat tersebut.
Ada kambing hitam yang bakal disembelih dan seterusnya kes tersebut ditutup dengan kesimpulan songsang akan dibuat. Kefanatikan terhadap politik akan dijadikan sebagai sumber alasannya. Kambing-kambing hitam yang sedang bebas pula kelihatan tersangat gelisah kerana mereka tahu, penyudah bagi kambing-kambing hitam yang terperangkap dengan permainan ini adalah MAUT dengan seluruh keluarganya akan pupus dari muka bumi dan buku sejarah.
Barangkali kerana itulah, si kambing hitam baka jamnapari itu tidak berani keluar negara walaupun keluar negara khususnya Amerika Syarikat sebelum ini bagaikan pergi membeli nasi lemak di gerai tepi jalan tidak jauh dari pintu pagar rumahnya. Dan barangkali kerana itulah juga, tiba-tiba sahaja si kambing hitam yang sudah hampir hendak disembelih oleh tuannya, kelihatan terlalu setia berada di Malaysia!!!

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.