Kenapa Anwar Buat-Buat Tidak Kenal Siapa Kapten Zaharie?

zaharie-anwar-mh370

Admin: Penulis merasa agak pelik bila Wan Azizah menyatakan suaminya, Anwar Ibrahim tidak mengenali langsung siapa Kapten Zaharie yang selama ini menjadi penyokong tegarnya. Kapten Zaharie bukan seperti 'pencacai' Pembangkang lain yang hanya tahu menghabiskan masa di laman sosial memburuk-burukkan Kerajaan.

Apa yang penulis tahu tentang Anwar Ibrahim sejak sekian lama mengikuti perkembangan kes liwatnya sehingga didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, penulis dapati hampir kesemua kenalan Anwar terdiri dari golongan berduit dan elit seperti Kapten Zaharie yang bekerja sebagai juruterbang dengan gaji lumayan.

Namun penulis tidak hairan sekiaranya gelagat Anwar sekarang yang dilihat cuba mengelak dari dikaitkan juruterbang tersebut kerana tidak mahu terpalit dengan insiden kehilangan pesawat MH370. Semua ini hanyalah taktik untuk melepaskan diri.

Ini bukan kali pertama Anwar bertindak sedemikian. Jika diimbau kembali kes penyebaran video seks yang mengaitkan dirinya dengan seorang pelacur Cina, Anwar berpura-pura tidak mengenali individu yang merakam dan menyebarkan video lucah tersebut. Setelah diselidik dan dibongkar, akhirnya didapati individu yang merakam aksi lucah tersebut adalah kawan baiknya sendiri.

Anwar Ibrahim sepatutnya mempertahan habis-habisan nasib penyokong tegarnya ini dari ditohmah dan disalah anggap oleh media antarabangsa, bukanya cuba mengelak atau buat-buat tidak mengenali juruterbang itu seperti mana nasib orang lain yang pernah mengenali rapat dirinya.

Anwar-Eskay-mh370

Anwar Tidak Kenal Kapten MH370 - Wan Azizah

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Wan Azizah, sokongan politik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tiada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

"Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR)," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, Isnin.

Selain itu tegas Wan Azizah yang juga Presiden PKR, beliau amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.

"Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?" soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar yang berakhir dengan pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pakatan pembangkang cuba mempolitikkan isu kehilangan MH370 yang masuk hari kesepuluh, Wan Azizah menyangkal dakwaan tersebut.

"Kita hanya persoalkan mengenai bagaimana kerajaan menangani isu ini.  Mana-mana kerajaan mesti berada dalam keadaan bersiap siaga untuk krisis udara.

"Kalau banjir, isu tanah semua ada (persediaan)...tapi tak ada pula krisis berkaitan udara. Kita tak mempolitikkan," katanya.

MStar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.