Sampai Bila Malaysia Mahu Jual Air Murah Pada Singapura?

air-johor-singapura

Admin: Sampai bila kerajaan Malaysia mahu meneruskan perjanjian pembekalan air dengan harga murah kepada Singapura  yang tidak pernah menguntungkan ini.

Bukan sudah tiba masanya, tapi sepatutnya dari dulu lagi perkara ini patut dibincangkan oleh kedua-dua belah negara.

Sebagai rakyat Malaysia dan bangsa Johor, kita perlu bangkit mendesak kerajaan Persekutuan supaya menyemak semula kadar caj yang dikenakan terhadap Singapura dalam urusan jual beli air ini. Sampai bila kita perlu mengalah dan membiarkan sahaja harta milik rakyat Johor mengalir ke luar ke negara lain tanpa sebarang pulangan yang setimpal.

Penulis berharap Dato Seri Najib selaku ketua negara dapat mendengar denyut nadi rakyat Johor yang sudah sekian lama tidak berpuas hati dengan perjanjian yang sangat merugikan ini. Singapura hanyalah sebuah negara pulau yang kecil sahaja dalam peta dunia. Kenapa Kerajaan perlu tunduk dengan segala permintaan negara itu.

Malaysia ada berhutang dengan Singapura kah! 

Johor Mahu Harga Air Mentah Dibincang Dalam Mesyuarat Malaysia-Singapura

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor meminta kerajaan Pusat supaya membincangkan mengenai harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata Johor mahu perbincangan mengenai isu itu dimulakan dengan segera.

"Saya berharap jika ada perbincangan di antara Malaysia dan Singapura, isu mengenai kajian semula harga air mentah itu dapat dimasukkan sebagai agenda di dalam perbincangan kedua-dua negara itu.

"Saya berharap kita dapat memulakan perbincangan dengan pusat bagi memperincikan langkah seterusnya. Rundingan harus bermula dengan segera," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Hasni berkata Johor menjual sejumlah 250 juta liter air mentah kepada Singapura setiap hari dan membeli balik kira-kira dua peratus daripadanya atau lima juta liter di dalam bentuk air terawat.

Bekalan air terawat dari Singapura digunakan untuk bekalan kepada penduduk di sebahagian Johor Baharu dan Pontian serta Kota Tinggi.

Menurutnya bekalan air mentah adalah hak negeri dan bukan kerajaan pusat mahupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan kerajaan negeri mahu kadar harga itu dikaji semula.

"Kita sudah lama berada dalam keadaan kerugian apabila kita menjual air mentah kepada Singapura pada kadar 3 sen (bagi 1,000 gelen)," katanya sambil menjelaskan harga air mentah Johor yang dijual kepada Syarikat Air Johor (SAJ) dan Melaka adalah jauh lebih tinggi.

Hasni percaya hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Singapura ketika ini akan membawa kepada penyelesaian positif berhubung isu harga air mentah yang dibekalkan kepada negara jiran itu.

"Saya tidak percaya kerajaan Singapura akan menolaknya begitu sahaja. Kita boleh meletakkan harapan kepada perbincangan yang membawa manafaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau yakin rundingan dijalankan mengikut persefahaman sedia ada antara Malaysia dan Singapura, dan bukan bersandarkan kepada 'sebuah negara mahu menekan sebuah negara lain.'

"Rundingan perlu seimbang, tidak boleh ada pihak yang rasa tertekan," katanya sambil menyatakan beliau turut difahamkan bahawa perjanjian air di antara kedua-dua negara itu boleh dikaji semula.

Mengenai harga baharu yang diminta oleh Johor bagi air mentah yang dibekalkan kepada Singapura, Hasni berkata kerajaan pusat pernah memberi gambaran harga yang munasabah iaitu 60 sen bagi 1,000 gelen.

Bagaimanapun, katanya jika Singapura menaikkan harga air terawat yang dibekalkan kepada Johor daripada 50 sen bagi 1,000 gelen, maka Johor berkemungkinan akan menaikkan harga air mentah pada kadar yang lebih tinggi.

"Jika Singapura hendak menaikkan harga air terawatnya daripada 50 sen hingga RM5, mungkin kita tidak naikkan sekadar 60 sen...mungkin kita naikkan pada kadar yang lebih tinggi," katanya. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Apakah Anda perlu 100% Keuangan? Aku dapat melayani kebutuhan keuangan Anda dengan lebih sedikit
    Masalah pengembalian itu sebabnya kami mendanai Anda untuk hanya 3%. apapun Anda
    situasi, bekerja sendiri, pensiun, memiliki peringkat kredit yang buruk, kita
    bisa membantu. Pembayaran yang fleksibel lebih dari 3 sampai 20 years.Contact kami
    at: BankCentralAsia_BCA@asia.com

    1 Nama Lengkap: ............................
    2 Kontak Alamat: .......................
    3.Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: ....................
    4. Durasi Pinjaman ...................
    5. Nomor Telepon Langsung: .................

    Salam,

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.