Admin: Berita FITNAH yang anda akan baca di bawah ini penulis salin semula sepenuhnya dari web portal Selangor Kini. Anda baca artikel tersebut sampai habis kemudian nilaikan sendiri dengan hati yang waras. Tapi, sebelum itu penulis ada sedikit ulasan berkenaan isu ini.
Selepas penipuan dan fitnah Pembangkang mengenai 40 ribu warga Bangladesh yang kononya diimport Barisan Nasional (BN) untuk mengundi pada PRU13 lepas terkantoi, Pembangkang sekali lagi menggunakan taktik fitnah yang sama dengan menjadikan warga Myanmar sebagai mangsa kali ini dalam pertandingan pilihanraya kecil Dun Kajang untuk memburukkan seteru politiknya.
Menurut laporan berita fitnah tersebut menyatakan kehadiran ribuan warga Myanmar didatangkan khas kononya untuk menyertai hari pengundian PRK Dun Kajang. Walau laporan tersebut tidak menyatakan dengan jelas tujuan warga asing tersbut berada di Kajang, namun modus operandi yang diguna Pembangkang ini sudah boleh diagak dan dibaca apa tujuanya, iaitu kalau untuk mencipta persepsi buruk dan fitnah.
Melihat kelibat warga asing di Kajang bukan lah satu fenomena luar biasa dan menghairankan bagi penduduk Kajang yang telah menetap lama di sini seperti penulis. Memandangkan kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi terdapat kawasan perindustrian dan peluang pekerjaan yang banyak, sebab itu lah warga asing ramai bertumpu ke sini mencari kerja.
Sudah-sudah lah menabur fitnah, sekiranya Pembangkang cukup yakin Anwar boleh menang bergaya di Kajang dengan sokongan padu penduduk di sini, maka tidak perlu mereka bersusah payah mencipta isu ribuan warga asing berkampung di Kajang ini melainkan fitnah tersebut direka untuk dijadikan bahan gelak ketawa.
Perkembangan pelik di Kajang, SPR patut minimakan ruang manipulasi
Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.
Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.
Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?
SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.
SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.
pengundi myanmar1Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?
Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.
Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai.
Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.
Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi.
Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.
Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil.
Harus diingat, Inilah ‘turning point’ bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang - Selangor Kini

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.