Hampir 2000 Penoreh Getah Berhimpun Bantah Kenaikan Harga Kondom

demo-getah-kondom

Admin: Tidak beriman seseorang itu selagi dirinya tidak diuji. Masa harga getah naik melambung dulu tidak ada seorang pun dari kalangan penoreh getah yang berhimpun  di Padang Terap ini menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan pada mereka.

Sebab apa penulis kata begitu, sebab orang yang tahu erti bersyukur tidak akan mengeluh, merintih apatah lagi melakukan tindakan bodoh sebegini apabila datang ujian Allah pada mereka. Ini baru sedikit nikmat yang ditarik, tapi habis satu dunia mahu disalahkan.

Pelbagai jenis bantuan telah diberi Kerajaan kepada para penoreh getah di Malaysia. Namun tidak ramai dari kalangan penoreh getah ini berterima kasih terhadap bantuan yang dihukurkan. Pada mereka bantuan yang diberikan itu adalah tanggungjawab Kerajaan.

Sebagai penoreh getah, penulis yakin penduduk Padang Terap cukup cerdik untuk memahami bahawa getah asli adalah barangan komoditi selain dari kelapa sawit yang mana turun naik harga barang komoditi tersebut bergantung pada harga pasaran dunia selain mendapat saingan dari getah sintetik.

Penurunan harga getah sekarang ini berlaku di luar dari jangkaan pihak Kerajaan. Fenomena penurunan harga getah ini juga bukan kali pertama berlaku di negara kita. Hanya  penoreh getah yang bijak dan sentiasa beringat sahaja mampu terus hidup walau dihimpit dengan penurunan harga getah di pasaran dunia.

Harga getah turun  tidak bermakna dunia sudah berakhir, rezeki Allah ada di mana-mana sahaja. Sekiranya penoreh getah yang berhimpun bersama pemimpin PAS ini merasakan hidup mereka begitu susah sekarang, penulis ingin sarankan supaya penoreh-penoreh ini menukar skop kerjaya mereka dari pemotong getah kepada penjual kondom memandangkan permintaan terhadap barang tersebut semakin meningkat dari hari ke hari selain dari harganya yang mahal.

Harga getah jatuh, 2,000 penoreh lancar demonstrasi

PADANG TERAP : Hampir 2,000 penduduk terdiri daripada penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka di sini semalam menuntut Kerajaan Pusat bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak.

Mereka adalah sebahagian rakyat yang pendapatan mereka terjejas teruk akibat penurunan mendadak harga getah sejak beberapa bulan lalu.

Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getak, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.

Pelbagai spanduk turut dibawa termasuk yang bertulis “Harga barang naik, harga getah turun”, “BN menang rakyat senang?” dan “Getah turun ape cerita, terima kasih BN”.

Dalam pada itu, mereka turut mendesak Kerajaan Pusat menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.

Selangor Kini
Share on Google Plus

About Unknown

7 comments:

  1. Ayah teman penoreh getah juga.......turun naik komoditi perkara biasa....tiada mengeluh tapi tetap cekal bekerja....harga turun naik lumrah pasaran dunia.......
    ayah teman dapat besarkan 5 anaknya sampai masuk universiti....dan dari 5, seorang sahaja kerja kerajaan, yang lain bekerja sendiri di bumi Allah yang luas ini......alhamdulillah rezeki Allah maha luas...jika kita berusaha insyaallah ada jalannya. Jika kita ashik salahkan orang sampai bila-bila pun tak kemana.

    BalasPadam
  2. Suhaizan tu penoreh getah kat padang terap ka?......

    Musim daun luruh hasil kurang...daun kering pokok berpucuk...maka puak-puak ni ambillah kesempatan membakar pekebun-pekebun getah ni.....entah-entah penoreh yang datang berapa kerat je....cikgu sekolah pun nak ngaku penoreh ka....jangan kuat bakar perasaan orang kelak awak rentung sendiri.....

    Sepatutnya musim daun luruh ni awak bagilah seminar macamana nak bantu penoreh meningkatkan hasil getah, amalan membaja di kebun getah( jangan peram baja subsidi ya), menambah pendapatan sampingan dengan pertanian kontan dan ternakan...ada juga faedah pemuda PAS boleh buat ya..........cari saya penyelesaiaan bukan cari kesalahan sahaja...kelak anda kelihatan bodoh.

    BalasPadam
  3. Aku setuju kalau penyokong PAS BABI BODOH ni jual Kondom sbb pemimpin PAKATAN RABAK (PR) saperti Anwar Al-Jubs, Spendaman Mustafa, Mat Sabu Bau Burit dan lain2 yg banyak menggunakan nya. Boleh supply free pada mereka.

    BalasPadam
  4. Memang jenis manusia tak bersyukur. Lepas ni dapat duit BR1M mereka lagi tak bersyukur. Eloklah lepas dapat duit BR1M nanti pakat-pakat masuk dalam tabung PAS. Biar pemimpin PAS melahap duit hangpa.

    BalasPadam
  5. Kesian tengok orang melayu yang hanya pandai menyalak dan menyalahkan orang lain tanpa betsyukur kepada qada Allah.

    BalasPadam
  6. Masa getah mahal dulu kenapa tak beringat?.samalah dgn peneroka..ingat kerja korang ni macam kerja ofis ke bergaji tetap
    . Apa yang selalu dilihat bila harga komoditi naik peladang2 ni hidup mewah seketika dan menjadi sombong dan menunjuk2 hasil kekayaan. Mereka lupa harga komoditi selalu turun naik..poodahh!!!

    BalasPadam
  7. jap.. jap... pokok korang punya lah kan. klu korang tak pi menoreh, bekalan kurang dipasaran kan? permintaan akan naik tak agak2nye... harga naik tak?

    agaknya mengeluh tak tokey2 cina termasuk tokey kondom tu... itu bukan 1 rangkaian ke? bukan orang tengah aje yg boleh main harga.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.