Beza Kassim Ahmad Dan Nik Aziz Hanya Pada Jubah Dan Serban

nik-aziz-kassim-ahmad

Admin: Bab gemar selar-menyelar orang lain memang sudah menjadi tabiat Nik Aziz sejak dari azali lagi. Bukan setakat Kassim Ahmad sahaja, malah seteru politik yang tidak sebulu dengan pendapat orang tua ini turut dihentam sebagai jahil, bodoh dan KAFIR kerana tidak mendokong perjuangan PAS.

Tindakan Nik Aziz menyelar Kassim Ahmad ini tidak lebih sekadar mahu menunjukkan bahawa dirinya masih wujud dan kata-katanya masih diterima masyarakat, pada hal tidak ada perbezaan pun di antara Kassim Ahmad dengan bekas Menteri Besar Kelantan ini.

Jika  Kassim Ahmad didakwa sabagai anti Hadis, apa kurangnya Nik Aziz yang sebelum ini begitu galak mengeluarkan fatwa songsang sehingga menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah belah hanya kerana berbeza fahaman politik.

Pada penulis, Nik Aziz perlu menilai dirinya terlebih dahulu sebelum mengecam, mengkondem atau menyelar pihak lain yang kononya dianggap sesat dan jahil. Penulis bukan mahu membela Kassim Ahmad dalm isu ini, tetapi sekadar ingin mengingatkan kembali siapa sebenarnya Nik Aziz di sebalik imej jubah dan serban yang dipakai.

Jika ditanya pemikiran siapakah yang lebih mendatangkan mudarat di antara Kassim Ahmad dan Nik Aziz kepada umat Islam di negara ini, jawapan penulis ialah Nik Aziz!

Nik Aziz selar Kassim Ahmad

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemikir, Dr Kassim Ahmad yang didakwa menolak hadis dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurutnya, kenyataan bekas Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang dilihat terpesong itu boleh mempengaruhi dan merosakkan akidah umat Islam lain.

“Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal ALLAH tak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana ALLAH tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah.

“Oleh yang demikian tak ada orang yang boleh kenal ALLAH macam mana, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Nik Aziz mengulas kenyataan Kassim dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian, di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu selepas didakwa mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’ serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Nik Aziz berkata, umat Islam perlu bergantung sepenuhnya dengan sabda Nabi Muhammad kerana Baginda merupakan orang yang paling dekat dengan ALLAH, malah disebut sebagai kekasihNya dan mempunyai kedudukan paling tinggi serta dihormati malaikat di langit dan bumi.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. N.AJIS = NAJIS !!!

    NAJIS BANGSA DAN AGAMA!!

    BalasPadam
  2. KA, yg ngaji agama, semua pun tahu, mmg sesat.
    NA, yg ngaji agama pun boleh jadi tersesat.

    BalasPadam
  3. Hangpa rasa pendapat hangpa semua betoi ka... smpai nk kutok2 orang kt dlm internet... kalau x btoi hangpa dh dikira fitnah...nk tau betoi ke x...hangpa tunggu kt padang mahsyar...ingat sikit no...hangpa tulis kt internet ni ramai yg baca

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.