Berstatus Guru Belum Tentu Cerdik

guru-pbs-pembangkang

Admin: Berstatus guru hari ini belum bermakna diri kita sudah cerdik sepenuhnya. Mungkin kita bijak dalam bidang akademik berbanding orang lain tetapi dalam aspek tertentu tentang kehidupan ini masih banyak perkara yang perlu kita pelajari sebelum benar-benar  menjadi warga pendidik yang disegani dan dihormati.

Penulis sangat bersetuju dengan beberapa pendapat yang diutarakan di laman sosial  menyarankan supaya pihak Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap mana-mana guru yang terlibat dengan bantahan secara terbuka berkenaan isu PBS yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang.

Jika ada guru-guru yang tidak berpuas hati atau ingin meyuarakan  batahan dan juga pendapat berkenaan isu PBS ini, sila guna saluran yang betul disediakan oleh pihak kementerian bagi menyuarakan isi hati dan bukanya menjadi balaci orang politik.

Setiap penjawat awam termasuk guru sudah tentu terikat dengan akujanji yang dilafaz dalam upacara serah tugas. Seandainya guru-guru ini tidak mahu terikat dengan akujanjinya sebagai penjawat awam, maka lepaskan tugasan atau jawatan yang diterima itu secara terhormat. Dengan cara ini, tidak rosak nama profesion perguruan disebakan oleh segelitir guru yang gila sengat mahu berpolitik.

Masih ramai lagi graduan universiti pendidikan di luar sana  tidak mempunyai kerja tetap sedang menuggu panggilan untuk menjadi guru. Mungkin dengan tindakan memecat guru-guru  yang dilihat tidak berminat meneruskan kerjayanya sebgai pendidik ini dapat membuka peluang pada bakal guru lain yang benar-benar ikhlas mahu mendidik anak bangsa walau sesusah mana pun cabaran yang terpaksa ditempuhi.

Himpunan Mansuh PBS Anjuran Pembangkang Gagal

'Himpunan 222: Mansuh PBS' anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan hebat apabila gagal mendapat sambutan seperti dirancang oleh mereka sebelum ini.

Kumpulan itu kononnya menyasarkan ratusan ribu para guru akan turun dan sertai himpunan itu, namun hanya lebih kurang 50 orang sahaja kelihatan dan sebahagian besarnya bukan guru tetapi mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Kumpulan itu menggunakan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebagai lokasi himpunan membantah pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Mereka berkumpul di satu bilik mesyuarat masjid berkenaan dan diadakan dalam format sidang media selama dua jam bermula sekitar jam 2.30 petang semalam

Kumpulan itu sebenarnya didalangi oleh parti pembangkang dan cuba berpura-pura mewakili guru-guru di Malaysia.

Pemimpin PR yang hadir adalah Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat; bekas calon pilihan raya kecil Tenang serta bekas guru, Normala Sudirman, koordinator Jingga 13 dan bekas guru, Fariz Musa; serta aktivis Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zul Hazmi - Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. JPA sekrg.memang disyaki dipenuhi SAMSENG-SAMSENG Pembangkang! Tengok satu lagi berita yg. mengejutkan! Peratus BUMIPUTERA Melayu di JPA jauh lebih rendah dari kaum PENDATANG - Kita, Bumiputera Melayu, yg. ISLAM dan MAJORITI; diDISKRIMINASI di bumi PUSAKAnya, Tanah Melayunya sendiri!

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131218/pa_02/448-peratus-kaum-Cina-kuasai-sektor-swasta-awam, 44.8 peratus kaum Cina kuasai sektor swasta, awam,18/12/2013:

    KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kaum-kaum lain termasuk Cina dan India di negara ini tidak pernah dipinggirkan sebaliknya mempunyai peluang yang lebih baik berbanding orang Melayu untuk bekerja di sektor awam dan swasta.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun berkata, berdasarkan statistik, kaum Cina yang bekerja di sektor awam dan swasta adalah sebanyak 44.8 peratus, kaum India (42 peratus) manakala orang Melayu hanya kira-kira 39.3 peratus.

    "Peratusan ini menunjukkan kaum- kaum lain termasuk kaum Cina dan India tidak pernah terpinggir dalam arus pembangunan negara ini.

    "Boleh dikatakan setiap orang mempunyai pekerjaan kerana kadar pengangguran negara hanya sekitar dua peratus," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.

    Mengulas lanjut, beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kerajaan lebih memberi keutamaan kepada orang Melayu dalam mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

    Katanya, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan daripada 1.6 juta permohonan kaum Melayu sepanjang Januari hingga Oktober lalu, hanya 22,000 diterima.

    "Peratusan kaum Melayu yang diambil bekerja hanya sekitar 1.4 peratus.

    "Jumlah itu lebih rendah berbanding kaum India pada tahap 2.03 peratus manakala Cina 5.49 peratus," ujarnya.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.