PRK Dun Kajang: Khalid Ibrahim Bikin Rosak Anwar Punya Program?

khalid-ibrahim-lembing

Admin: Ah! Masak Anwar kali ini bila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak mahu meletak jawatan. Sudah merata Kajang Anwar mencanang dirinya akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya menang PRK Dun Kajang nanti.

Menurut bancian yang dilakukan oleh The Unspiner melalui laman blognya mendapati rakyat Selangor lebih gemar dan memilih Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Mungkin sebab ini lah, Khalid Ibrahim tiba-tiba menukar fikiran untuk tidak meletakkan jawatan seperti yang dirancang Anwar sebelum ini memandangkan rakyat Selangor masih memerlukanya. Sebelum ini, PAS ada mempelawa Khalid Ibrahim menyertai partinya dan keluar PKR supaya dapat terus berkhidmat.

PKR adalah sebuah parti politik yang menjadi hakmilik keluarga Anwar Ibrahim. Tidak ada seorang pun pemimpin yang dapat kekal lama dalam parti anak beranak itu sekiranya tidak patuh pada arahan ketuanya. Masih terlalu awal untuk kita membuat pelbagai andaian tentang isu ini. Kita tunggu dan lihat dahulu sejauh mana kebranian dan kerjantan Khalid Ibrahim melawan nafsu rakus Anwar yang sekarang ini semakin gila mahu berkuasa sebelum ajal datang menjemput tiba.

Survey MB Selangor The U

Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan

PETALING JAYA: Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.

Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.

Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.

Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.

Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.

Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.

Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.