Ingin Tahu Sebab Fizo Omar Tidak Izinkan Mawar Berlakon

mawar-fizo-cinta

Admin: Dapat isteri cantik seperti Mawar hati suami mana yang tak sayang. Fizo tahu sekiranya dia membenarkan isterinya berlakon, pasti ada penerbit drama atau filem yang  sepesis gatal dan miang akan cuba mendekati.

Lagi satu sebab, kenapa Fizo tak bagi biniya berlakon kerana takut dia sendiri rasa cemburu bila melihat isterinya digandingkan dengan pelakon lelaki lain, nak-nak lagi bila melakonkan  babak-babak romantis dan cinta.

Nak jadi pelakon mesti kena  profesional dan berfikiran terbuka. Dengan alasan 'profesional' inilah menjadikan para pelakon kita tidak kisah melakonkan apa sahaja watak dan adegan walau tahu diri sudah bergelar isteri dan suami orang. Bila ditanya kenapa melakukan aksi tersebut (peluk-peluk), jawapan mereka mudah sahaja "itu hanya sekadar lakonan".

ombak-rindu-hot

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar mengakui memberi galakan kepada isterinya Mawar Abdul Karim, 25, untuk menceburi bidang penyiaran sebagai seorang pengacara.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, penglibatan tersebut secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan lagi perniagaan tudung milik isterinya iaitu jenama Fareeda.

"Kami ditawarkan jadi pengacara selepas berkahwin untuk sebuah program kesihatan berjudul Cergas Jelita di RTM yang akan bersiaran tidak lama lagi.

"Saya menggalakkan dia menceburi bidang ini kerana ia satu bonus untuk dia mempromosikan perniagaan tudungnya. Dia juga ada mendapat beberapa tawaran pengacara di sebuah stesen televisyen," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizo, Mawar juga ada mengambil kelas untuk mempelajari bidang pengacaraan secara profesional.

Bagaimanapun, Fizo berkata, dia tidak membenarkan isterinya itu menceburi bidang lakonan.

"Kalau jadi pengacara sahaja saya galakkan kerana ada kepentingan tetapi berlakon mungkin tidak.

"Mawar sendiri sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa untuk berlakon. Dia setuju untuk jadi pengacara pun kerana dipujuk," katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.