Bukan Sahaja Taib Mahmud, 'Bakal' MB Selangor Juga Perlu 'Bersih'

anwar-rafizi-gelabah

Admin: Penulis setuju dengan saranan Rafizi supaya bekas ketua menteri Sarawak disiasat pihak SPRM supaya dirinya benar-benar bersih sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua (TYT) Sarawak. Penulis juga yakin, Taib Mahmud pasti tiada halangan jika SPRM mahu siasat harta peribadi milik beliau.

Tapi sebelum itu, adalah lebih baik dan dipandang mulia sekiranya Rafizi menyarankan juga pihak SPRM menyiasat harta milik Anwar Ibrahim yang 'bakal' menjadi Menteri Besar Selangor jika dia menang bertanding pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang nanti.

Ada berani tak Rafizi! Anwar juga perlu dibersihkan luar dan dalam sebelum memasang angan-angan mahu menjadi MB Selangor. Anwar bukan anak orang kaya, apatah lagi seorang usahawan berjaya tapi lihat lah harta dan kemewahan yang dimiliki Anwar hari ini. Pernah tak kita mempersoal dari mana datangnya duit dan harta tersebut dan bila Anwar mula hidup kaya raya.

Sejak bergelar Wakil Rakyat, tugas Rafizi hanyalah membuat pelbagai tuduhan, dakwan dan juga fitnah, namun hingga ke hari ini tidak ada satu pun bukti soheh ditampilkan Rafizi untuk membuktikan segala dakwaan dan tuduhannya terhadap pemimpin Kerajaan itu benar.

Bagi penulis, setiap daripada kita juga perlu disahkan bersih dari sebarang salah laku termasuk rasuah atau penyelwengan. Bukan Taib Mahmud sahaja disaran supaya disiasat, malah individu yang mengemukakan dakwaan juga patut disiasat tahap 'kebersihanya'. Baru lah adil, betul tak Rafizi!

Rafizi lapor SPRM esok, TYT perlu bebas rasuah

PETALING JAYA - PKR hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mempertimbangkan mana-mana calon bagi jawatan Yang di-Pertua (TYT) Sarawak bebas daripada siasatan salah laku rasuah dan penyelewengan.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan salah guna kuasa jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan daripada pendakwaan.

"Jawatan TYT itu sebahagian daripada majlis raja-raja, jika TYT itu dirujuk ke mahkamah khas akibat kes rasuah, ia akan mencemarkan imej institusi di raja.

"YDPA perlu buat pendirian tegas bahawa mana-mana calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan SPRM bahawa tiada siasatan yang masih belum ditutup terhadap calon itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas gesaan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat pada Jumaat lalu yang menggesa YDPA menghalang pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Sarawak yang baharu.

Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.