Khalid Samad Kecewa Bila Kerajaan Pusat Lupa Dirinya MP Shah Alam

khalid samad kecewa

Admin: Tindakan Kerajaan Persekutuan tidak menjemput wakil rakyat Shah Alam, Khalid Samad melawat tapak hospital baru di kawasan itu memang zalim dan tak patut betul. Tapi memang padan lah dengan muka Khalid Samad diperlakukan sedemikian.

Oleh kerana projek pembinaan Hospital Shah Alam ini adalah projek Kerajaan BN, jadi tak perlu lah Khalid Samad merengek-rengek seperti budak kecil bila permintaanya tak dipedulikan. Khalid Samad dah besar panjang, bila-bila masa-masa sahaja boleh datang melawat tapak hospital tersebut atas kapasiti MP Shah Alam. Tak cukup siang, malam pun boleh.

Pada penulis, kalau dijemput pun bukannya dia nak datang. Tapi, kalau dia datang pula, habis satu rombongan media Pembankang dibawanya sekali, selepas itu buat kenyataan media kononya projek pembinaan hospital Shah Alam tersebut hasil dari idea dan desakan Pembangkang.

Tapi tak mengapa, itu baru tapak sahaja, esok lusa bila dah siap hospital itu nanti mereka jemput lah kamu datang melawat. Sekiranya bernasib baik, mungkin Kerajaan Pusat akan memberi peluang pada  Khalid Samad menurunkan tandatangan sekaligus merasmikan pembukaan hospital tersebut. Mudah-mudahan...

Alahai...Khalid Samad

MP PAS kecewa tak dijemput lihat Hospital Shah Alam

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad "amat kecewa" tidak dijemput untuk melawat ke tapak pembinaan Hospital Shah Alam sewaktu Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof dan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam mengadakan lawatan ke situ pada 4 Februari lalu.

Sedangkan, kata Khalid, sebelum ini beliau telah menulis surat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya Jun tahun lalu, untuk mengadakan lawatan ke situ tetapi terpaksa ditangguhkan beberapa kali melalui surat jawapan yang diberikan agensi kerajaan itu.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata beliau difahamkan Datuk Seri Noh Omar turut hadir dalam lawatan menteri ke hospital itu yang dilapor akan siap pada September depan.

"Lawatan itu tidak menjemput saya, macam mana rakyat nak percaya. Apa masalah, nak takut apa jemput saya.

"Apa masalahnya nak beri ahli parlimen Shah Alam melawat tapak hospital tu.

"Ini amat mengecewakan. Apa yang dahulunya dijanjikan pentadbiran lebih cekap, mendahului rakyat, setakat ini tidak tercapai," katanya.

Mkini
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Easy get money, just register will get 25dolar, try it now :)

    Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

    http://stayreward.com/index.php?share=114766

    My Blog
    http://gsiym.blogspot.com/

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.