Gagal Singkir Shafee, Sakit Tulang Belakang Anwar Menyerang Kembali

anwar-pendakap-leher2
Admin: Penulis tertanya-tanya kenapa Anwar takut sangat berdepan Shafee Abdullah sehingga terpaksa dua kali memfailkan rayuan untuk menggugurkan peguam terkenal tersebut sebagai ketua Pendakwaraya bagi kes liwat pusingan kedua kali ini?

Adakah kerana Anwar tidak dapat menyogok wang atau memberi rasuah kepada Shafee Abdullah yang mana Anwar yakin kali ini peluang untuk dia mengenepikan kes liwatnya amat tipis sekaligus disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Atau mungkin kerana kenyataan Shafee yang menyebut bahawa beliau sudah mengenali Anwar sejak dari tingkatan enam lagi telah membuatkan Anwar merasa gerun jika kisah gelapnya pada zaman mudanya itu disungkit kembali dan dijadikan modal bagi menguatkan hujah pendakawaan bila kes liwatnya berlangsung kelak.

Ini khabar berita yang baru diterima penulis, tapi penulis tak pasti akan kesohehan berita itu . Menurut sumber berita tersebut melaporkan bahawa bapa kandung Nurul Izzah telah bergegas ke Hospital Pantai Cheras petang tadi akibat tahap kesihatannya merosot mendadak secara tiba-tiba.

Menurut sumber itu lagi, Anwar juga telah dinasihat doktor supaya berehat bagi menjaga kesihatannya. Satu surat sijil Cuti Sakit (MC) selama dua hari yang bermula esok sehingga lusa telah dikeluarkan kepada Anwar. Doktor juga menyarankan Anwar supaya memakai pendakap leher bagi mengelakkan penyakit bermusimnya (sakit belakang) datang menyerang kembali.

Setelah setengah jam, Anwar yang dilihat keluar dari hospital Pantai Cheras terus menaiki kenderaan dengan keadaan lemah dan lesu dan enggan di temubual wartawan.

Penulis berharap dan berdoa semoga kesihatan Anwar kekal baik sehingga perbicaraan kes liwatnya berkahir. 

Anwar gagal ketepikan Shafee kali ke-2
 
PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi gagal mengetepikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Pasukan panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan Anwar tersebut ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh.

"Keputusan kami selepas melihat keputusan ini, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang hanya dibuat di luar mahkamah dan beliau tidak hadir.

"Jadi kami tidak boleh terima itu," kata Zulkefli ketika prodising, sebentar tadi.

Empat panel hakim yang hadir prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jefrey Tan Kok Wha.

Anwar dalam pada itu berkata, adalah sukar untuk menerima keputusan itu bagaimanapun menegaskan akan terus lawan.

"Susah untuk lawan peguam Umno dan mereka selalu menggunakan peguam Umno," katanya.

Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari ini bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim .

Pada 20 Disember tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan itu dan memutuskan bahawa pelantikan Muhammad Shafee adalah mengikut undang-undang.

Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan pemimpin pembangkang itu daripada tuduhan liwat dengan menggunakan maklumat daripada perisytiharan berkanun yang dibuat Mat Zain.

Permohonan pertama Anwar ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas dan berikutan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi turut ditolak.

Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.