Wakil Kedutaan Jepun di Malaysia Datang Melutut Minta Maaf Pada Anwar?

jepun-halau-anwar

Admin: Bersorak sorai para  penjilat Anwar Ibrahim di laman sosial bila wakil dari Sasakawa Peace Foundation datang memohon maaf kerana tindakan kerajaan Jepun yang telah memalukan Anwar apabila dihalau keluar dari negara itu kerana berstatus bekas banduan.

Kedatangan wakil dari Sasakawa Peace Foundation itu pada penulis tidak membawa apa-apa makna melainkan untuk mengingatkan Anwar supaya menyediakan visa serta dukomen perjalanan yang sah sebelum memasuki Jepun sekali lagi.

Sasakawa Peace Foundation hanyalah sebuah badan NGO di Jepun yang menjadi hos di mana Anwar di jemput berucap dalam progaram anjuranya. Kedatangan NGO itu sudah tentu bukan mewakili  kerajaan Jepun kerana kerajaan Jepun sudah ada wakil rasminya di Malaysia.

Pesanan penulis pada para penjilat Anwar Ibrahim, jangan rasa teruja sangat kerana yang datang minta maaf pada Anwar itu hanyalah wakil NGO sahaja, bukanya wakil rasmi dari kerajaan Jepun. Yang sohehnya sekarang, Anwar perlu mengikut prosedur  seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Jepun  terhadap bekas banduan lain yang ingin memasuki negara itu melalui permohonan visa yang disahkan!

Selepas dihalau, Anwar kembali ke Jepun 26 Feb

PETALING JAYA
-  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan akan mengadakan semula lawatan ke Jepun bagi menghadiri forum "Muslim Democrat" yang terhalang Januari lalu.

Beliau yang menerima kunjungan daripada Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, Jiro Hanyu hari ini turut menerima permohonan maaf pihak penganjur kerana insiden yang memalukan itu.

"Saya menghargai tindakan yayasan yang mengambil berat insiden itu, dan beliau sendiri datang memohon maaf.

"Saya terima pelawaan itu dan mahu teruskan forum tersebut pada 26 Februari ini bagi kepentingan negara Islam berdemokrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Sasakawa Peace Foundation, di sini.

Pada 19 Januari lalu, Anwar telah ditahan oleh pihak berkuasa Imigresen Jepun daripada memasuki negara itu sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.