TIADA keperluan bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengangkat
sumpah dengan al-Quran bagi mencari kebenaran berhubung insiden di
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin awal bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, sebaliknya pasukan itu akan terus mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang tidak berat sebelah.
"Masalah yang berada di dalam (terowong), mungkin kita perlu tunggu siasatan polis dan kita perlu yakin dengan pihak berkuasa yang mana keputusan yang akan dicapai kelak tidak akan memberi 'bias' kepada mana-mana pasukan," katanya.
Beliau diminta mengulas saranan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said agar pemain T-Team dan JDT bersumpah tentang kejadian tersebut.
Zulkurnain ditemui di sini hari ini selepas menyerahkan insentif kepada atlet Johor yang mewakili negara ke Sukan Sea serta Sukan Para Asean 2013 di Nay Pi Taw, Myanmar.
60 atlet dan pegawai sukan Johor yang menyertai kejohanan tersebut menerima insentif berjumlah RM138,700.
Zulkurnain berkata, keputusan FAM memberikan kemenangan kepada JDT adalah adil kerana ia mengikut peraturan yang termaktub.
Ahmad Said yang amat kecewa dengan keputusan FAM itu baru-baru ini mahu mendapatkan penjelasan sebenar dari pengurusan dan pemain T-Team yang menyaksikan insiden itu dan meminta mereka bersumpah al-Quran di hadapannya.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memberi kemenangan 3-0 kepada JDT, sekali gus melayakkan pasukan Harimau Selatan itu ke suku akhir selepas T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua pusingan kedua Piala FA.
T-Team yang ketinggalan 2-1 enggan meneruskan perlawanan kerana bimbangkan soal keselamatan selepas pemain import pasukan itu Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pegawai pengurusan tertinggi JDT di dalam terowong ke bilik persalinan pasukan. - Bernama

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.