Admin: Kalau begini lah jaminan yang diberi PAS, penulis cukup yakin sampai bila-bila pun PAS bersama rakanya, DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang tidak akan jadi kerajaan pemerintah di Malaysia jika awal-awal lagi niat mereka dah terpesong.
Masa zaman Nabi dan para sahabat dahulu, mereka berjuang menyebarkan syiar Islam tanpa mengahrap apa-apa balasan apatah lagi mahu menjadi pemerintah pada masa itu. Nawaitu mereka berjuang menegakan syiar Islam semata-mata kerana Allah bukanya kuasa.
Cuba kita fikirkan, sekiranya pendidikan yang serendah ini pun PAS tidak mampu menyediakan dengan percuma, bagaimana pula dengan pendidikan di peringkat tertinggi? Adakah PAS akan berjanji lagi dan kita terpaksa menunggu PAS menjadi kerajaan dunia baru lah pendidikan percuma dapat dilaksanakan di semua peringkat.
Mungkin sebab ini lah PAS dari dulu sampai sekarang belum lagi diizinkan Allah untuk menjadi Permerintah selagi niat awalnya menceburi dunia politik tidak diperbetulkan.
Pasti akan percuma jika Pas jadi kerajaan
SHAH ALAM - Tindakan Pas mengenakan sedikit bayaran bagi membiayai operasi pendidikan prasekolah anjurannya iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) tidak wajar dipertikaikan.
SHAH ALAM - Tindakan Pas mengenakan sedikit bayaran bagi membiayai operasi pendidikan prasekolah anjurannya iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) tidak wajar dipertikaikan.
Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun Pas memperjuangkan pendidikan percuma kepada rakyat, namun ia hanya dapat dilaksanakan jika parti menjadi kerajaan kelak.
"Tadika sedia ada mendapat bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan.
"Pas bukan kerajaan seperti BN, tidak adil jika menyalahkan Pas kerana kami tidak mampu menampung kos perbelanjaan sekolah walaupun di peringkat tadika," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut serangan sebuah akaun Facebook pro-BN semalam yang mempertikaikan tindakan Pas mengenakan caj yang tinggi bagi mendapatkan pendidikan awal agama di tadika kelolaannya.
Mengulas lanjut, Suhaizan menegaskan bayaran yang dikenakan Pasti pada masa ini pada kadar minimum dan menyanggah dakwaan mengatakan Pas mengenakan bayaran yang melampau.
Bahkan katanya, yuran tersebut dikenakan kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Pasti akan digunakan untuk membiayai operasi tadika tersebut.
Tambahnya, Pasti juga tidak membuat keuntungan di sebalik yuran yang dikenakan itu.
"Sebab itu kita kenakan sedikit bayaran, itupun minimum sebenarnya, ada konsep kebajikan di situ untuk beri kepada rakyat.
"Rakyat bayar sikit untuk kita menjalankan operasi, bukan hendak dapatkan untung, kita hendak rolling sebenarnya dengan kos yang minimum," katanya.
Ditanya tentang keupayaan kewangan Pakatan Rakyat di Selangor untuk mewujudkan pendidikan percuma, beliau bagaimanapun berkata hal itu perlu diserahkan kepada menteri besar berdasarkan kemampuan dana yang dimilikinya negeri itu.
Sinar Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.