Anwar Hanya Berani Tunjuk 'Jantan' Depan Lelaki

anwar-bersama-jantan

Admin: Anwar mana pernah mahu bertanggungjawab di atas setiap perkara buruk yang dilakukanya. Sebaliknya Anwar menuding jari serta menyalahkan pihak lain jika perkara itu cuba dikaitkan dengan dirinya.

Dalam perisitiwa Ops Lalang yang berlaku pada 27 tahun lepas, Anwar menyalahkan Tun Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri pada masa itu apabila ramai pihak hari ini tampil menjadi saksi dan memberitahu kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim memang  terlibat secara langsung merancang dan menjayakan ops tersebut.

Dalam beberapa kes yang lain juga perkara sama berlaku contohnya dalam isu liwat dan kes zina bersama seorang pelancur Cina yang berjaya dirakam oleh rakan karibnya sendiri iaitu Eskay. Anwar tetap menyalahkan pihak lain, kali ini yang kena UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak dituduh menjadi dalang  penyebaran video seks tersebut serta membantu memasukan air maninya ke dalam dubur bekas pembantu peribadinya. Pada hal semua perkara yang berlaku itu sudah jelas terbukti bahawa si pelaku seks tidak bermoral itu adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Oleh kerana sikap tidak bertanggunjawab, suka lepas tangan dan gemar menyalahkan pihak lain itu, sampai sekarang Anwar belum lagi diberi keizinan Allah untuk menjadi Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia. Silap-silap hari bulan impianya untuk menjadi Menteri Besar Selangor turut tidak kesampaian sekalipun menang PRK Dun Kajang nanti.

Nasib baik lah Anwar masih mahu bertanggungjawab terhadap anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinannya dengan Wan Azizah dan mengaku kewujudan anak-anaknya itu disebabkan oleh 'perbuatan' sendiri dan bukanya pihak lain atau UMNO!

Anwar Main Peranan Jayakan Op Lalang - Tun M

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.

"...kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Sabtu.

Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai 'ahli putar belit' dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.

Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.

"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi.

"Dia memang ahli putar belit, ahli (parti) menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu seolah-olah dia ini tak pernah berdosa, tak pernah salah dan selalunya betul. Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi Perdana Menteri," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Anwar mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah, tetapi pada hakikatnya beliau bukan seorang pemikir atau pemimpin yang boleh memimpin negara ini.

"Dia bukan pemikir, tetapi dia pandai berpidato. Dia pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya. Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar.

"Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin. Dia menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah," katanya. BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.