Restoran Makanan Segera Tidak Lagi Dibenar Menggaji Pekerja Asing


PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKA-PATI) pada Selasa memutuskan supaya semua restoran berkonsep makanan segera tidak dibenarkan menggaji pekerja asing.

Mesyuarat Urus Setia JKKA-PATI yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini menyatakan keputusan itu dibuat bagi memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk mengisi pekerjaan itu.

"Kerajaan memandang serius perkara ini. Pengusaha restoran berkonsepkan 'fast food' disaran mengambil dan menggaji pekerja tempatan memandangkan masih ramai lagi warga tempatan yang berminat bekerja di restoran itu," kata Urus Setia JKKA-PATI dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat ke-11 Bil 1/2014 itu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek; Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Karim dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Unggah Embas.

JKKA-PATI menyatakan kemahiran memasak di restoran makanan segera tidak tinggi atau sukar berbanding restoran biasa, yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan masakan kerana kaedah penyediaannya mudah dipelajari melalui latihan.

Oleh itu, bidang pekerjaan di restoran makanan segera menjadi pilihan dan tarikan warga tempatan terutamanya golongan muda, pelajar lepasan sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk mendapat pendedahan dan sumber pendapatan sama ada bekerja secara separuh atau sepenuh masa.
JKKA-PATI turut memutuskan untuk memanjangkan mekanisme Kerajaan kepada Kerajaan antara Malaysia dan Bangladesh yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia untuk diguna pakai kerajaan negeri Sarawak bagi mengisi kekosongan dalam sektor perladangan sawit.

Kaedah kawalan kemasukan, tapisan keselamatan dan saringan kesihatan yang dijalankan kedua-dua negara dilihat sistematik dan mampu menangani masalah berhubung penggajian pekerja asing.

JKKA-PATI juga menyatakan Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang dilaksanakan di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) Kementerian Dalam Negeri akan tamat pada 20 Januari ini.

Justeru itu, ia mengingatkan majikan yang mendakwa ditipu oleh ejen atau orang tengah semasa Program 6P (pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) lepas supaya datang ke OSC untuk membolehkan permohonan mereka diteliti sebelum tamat PKPP.

"Majikan diharap hadir lebih awal di OSC bagi mengelak kesulitan. Setelah tamatnya program ini, aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan dengan lebih tegas dan berterusan demi keselamatan dan kententeraman awam," kata Urus Setia JKKA-PATI. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. sdr JD, ada terima surat dari duta
    "Terima kasih Ah Jib Gor Gong kerana memelihara kepentingan perut dan tempat tingal Rakyat negeri kami.
    Negara2 kami yang miskin tak mampu menjaga anak kami yang berjaya menghantar tiap tahun 18 billion ringgit ke negera kami.Wang ini amat membantu reseb bankbank pusat kami yang sentiasa memerlukan reseb wang asing.Tanpa kehadiran rakyat kami yang dapat manafaat subsidi 42Rm Billion setahun , kami tau kami tak mampu menghantar ucapan terima kasih pada 31.Ogos setiap tahun.
    Maka sebagai ganti, kami semua mengucap berbillion billion RM (dah 10 tahun) terima kasih sempena ucapan yang penuh kesombongan angkuh boros degil bangadiri sikap suka memuji diri sendiri ke langit tanpa had,di utusan utama Dewan MCA.
    Pandan dan secucuk Kamu beri ucapan selaku Bapak Sekolah Vernakular dan sahabat karib keluarga YTL,sahabat Lim Dynasti,sahabat rapat TS Pheng juga ratusan kenamaan cinions yang memberi kamu tamparan hebat.Tepat masa nya.
    Memang benar kami Negara miskin belum lagi jumpa saorang ketua Negara yang bodoh saperti kamu.Kamu Negara amat kecil hanya 25 juta rakyat.Kami menyumbang 4 juta tubuh.,ingat ya..
    Antara kami tiada siapa Negara berani mendabik dada puji diri sendiri kerana murah hati belanja kan 42 billionRm untuk subsidi beras tepung gula minyak masak petrol disel gas ,sekolah free,hospital murah/free/khidmat bersalin free.
    PPRT amat free( sebab warga kami bijak sewakan ke orang bangsa kami juga).Dapat mykad free,elekrik air bersih free,gajet smat fon RM200,Universitas free..
    Semua ketua Negara kami lebih bijak tak macam saperti kamu,kerana kami tau ini semua subsidi dan perkhidmatan free membengkerapkan lama dah khazanah kami .
    Kami ucapkan terma kasih dan harap PM 1M terus beri subsidi dan perkhidmatan free selagi mana kamu tidak bengkrap lagi.
    Walau pun rakyat kamu sendiri susah dan tak cukup kemudahan asas saperti di nikmati olih 4 juta rakyat kami di Malaysia, kami yakin PM 1M terus membenar 1,000,000 lagi rakyat kami dating mengkecapi nikmat yang kami tak mimpi memberi kapada mereka.Kami banga ramai dari rakyat kami menjadi lebih kaya sejahtera dari rakyat kamu.Kami Yakin juga kamu bangga rakyat kamu,masih sengsara tak berjaya saperti rakyat kami.Nak tahu,tubuh LAB 6.juta RM Husni dan KJ akan Bantu.
    Tahniah kapada ah jib the clueless,former Prime Minister .
    Kami wakil
    Negara Gred A :Singapura, People Repablic Of China,England,Australia ,Taiwan
    Negara Gred B: India,Sri Lanka,Bangla Desh,Myanmar, Thailand
    Negara Gred C : Nepal,Laos,Cambodia
    Negara Gred Cekai : Nigeria,Iran,Irak,Columbia,Peru,Palestine ,Lebanon,Pakistan,Venezuela,Lithuania,Bosnia,Bolivia,Philiphine,Indonesia,Vietnam.
    Negara Gred bodek Kamu supaya dapat pelaburan duit rakyat kamu: England,Amerika,Turki,Australia."
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.