Pembangkang Rancang Hapus Kuasa Sultan

khalid samad-hapus-sultan
Khalid Samad yang merupakan antara figur anti-Islam tegar tetapi berselindung di sebalik parti PAS, kembali semula dengan kenyataan-kenyataan kontroversi. Mungkin menyedari bahawa sebarang kenyataan seperti itu akan menarik perhatian barisan guaman Pakatan Rakyat, apatah lagi mendapat pula jaminan daripada sebahagian Hakim Mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak lagi berselindung tentang hasrat sebenar Pakatan Rakyat terutama di Selangor.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor diketuai oleh Khalid Ibrahim dari PKR. Bagaimanapun, sebahagian besar dasar Pakatan Rakyat di Selangor ditentukan dan dipandu oleh DAP. Manakala PAS yang berkongsi jumlah Kerusi DUN dengan DAP pula, tidak mempunyai sebarang fungsi kecuali sebagai pak turut dan tukang angguk sahaja.

Khalid Samad merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang berjubah PAS tetapi berhati dan fikirannya PKR-DAP. Dia lebih mementingkan kepentingan PKR-DAP berbanding kepentingan PAS, baik untuk jangka pendek apatah lagi jangka panjang.

DAP menerusi tindakan tiga orang ADUNnya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menghapuskan sebarang undang-undang yang melindungi agama dan umat Islam di Selangor. Bagaimanapun, sebarang pindaan undang-undang meskipun mendapat majoriti dua pertiga, apatah lagi membabitkan undang-undang berkaitan Islam, memerlukan persetujuan dan perkenan DYMM Sultan Selangor.

Dengan kata lain, DAP tidak mungkin berjaya kerana DYMM Sultan Selangor yang mendapat sokongan hampir kesemua orang Melayu di Selangor, tidak mungkin akan membenarkan penggubalan undang-undang yang mencegah penyebaran agama lain selain Islam kepada umat Islam di Selangor.

Maka disebabkan itulah, kerosakan kekal perlu dilakukan secara lebih berhemah dan lebih halus.

Seperti kata Khalid Samad, tumpuan mereka sekarang adalah menghapuskan UMNO dari bumi Selangor terlebih dahulu. UMNO merupakan penghalang kepada cita-cita besar DAP. Walaupun UMNO dituduh sebagai sebuah parti sekular dan menolak Islam lantaran masih tidak dapat menguatkuasakan undang-undang hudud kerana ketiadaan majoriti dua pertiga di Parlimen, namun UMNO jugalah yang kelihatan sedang bertungkus lumus mempertahankan agama dan umat Islam, Kesultanan Melayu Selangor, Bahasa Kebangsaan, ekonomi Melayu dan tanah-tanah Melayu yang sedang dirampas secara halus oleh DAP menerusi kenaikan cukai yang luar biasa tingginya.

Pakatan Rakyat telah menggembleng pelbagai kekuatan untuk tujuan tersebut. PAS sendiri telah menyerang UMNO dari segi akidah dan amalan agama. Untuk memudahkan serangan ke atas UMNO dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap institusi Islam, PAS menerusi orang-orang mereka yang menjadi kakitangan telah melakukan pelbagai perkara yang mendapat reaksi pantas daripada masyarakat bukan Islam. Kemudian, pada masa yang sama, jentera propaganda PAS pula menyerang Sultan dan Raja Muda Selangor menerusi penyiaran gambar-gambar yang menunjukkan Sultan Selangor dan Raja Muda tidak layak dijadikan panduan kerana gaya hidup mereka yang terkeluar dari landasan Islam.

Manakala PKR pula menyerang UMNO menerusi pelbagai isu-isu yang disensasikan walaupun sebahagian besar isu tersebut adalah isu putar belit. PKR tidak secara jujur mendedahkan penyelewengan tanpa mengambil kira penyelewengan besar yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR di Selangor sendiri selain pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi kepada parti tersebut menerusi kenaikan segala jenis kos di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

DAP pula melakukan serangan terhadap institusi dan perlembagaan dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman.

Kesemua itu digabungkan dengan harapan rakyat Selangor yang kurang berfikir, termakan dengan hasutan mereka dan kemudian rancangan yang lebih besar akan dilaksanakan apabila rakyat sudah bersedia untuk bersama-sama Pakatan Rakyat bersandarkan kepada sentimen yang setiap masa ditiupkan oleh Pakatan Rakyat.

Khalid Samad barangkali sudah tidak dapat menahan sabar lagi untuk menyatakan bahawa tujuan sebenar semua polemik dan kontroversi yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat terutama sekali di Selangor untuk menghapuskan SULTAN SELANGOR.

Para penyokongnya boleh sahaja terus menyatakan bahawa kenyataan Khalid Samad itu sebenarnya tidak begitu, tidak begini, atau ia merupakan kenyataan fitnah dan pelbagai dalih standard mereka yang lain. Namun yang jelas di situ ialah, niat Pakatan Rakyat memang MAHU MENGHAPUSKAN SULTAN SELANGOR dan menukarkan Malaysia menjadi sebuah Negara Republik.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.