Bimbang Rakyat Marah, Kenaikan Gaji MB, Exco, Speaker & Tim. Speaker Selangor Dibekukan

khalid-hana-gaji

Malu alah dengan apa yang berlaku di Selangor, apatah lagi kenaikan harga begitu ketara di Selangor kesan daripada perbuatan kepimpinan negeri yang sesuka hati menaikkan kadar cukai dan yuran bagi menampung sebahagian daripada kenaikan 383% gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker Selangor, hari ini, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk membekukan kenaikan tersebut.

Beku sahaja... bukan BATAL!

Kenaikan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker Selangor merupakan kenaikan tertinggi dalam sejarah Selangor dan Malaysia. Walaupun Pakatan Rakyat cuba membandingkan kenaikan tersebut dengan kenaikan di Sarawak, namun tempoh masa iaitu Selangor hanya mengambil masa tiga tahun untuk membuat kenaikan baru berbanding 21 tahun oleh Sarawak untuk mengkaji kenaikan, menjadikan hujah para penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka tidak bernilai langsung.

Bagaimanapun, kenaikan untuk ADUN tetap dikekalkan sepertimana yang dirancangkan oleh Pakatan Rakyat.

Selangor telah mencetuskan polemik dan mendapat perhatian luar biasa ekoran kenaikan besar-besaran melibatkan gaji pentadbirannya. Kali terakhir kenaikan besar dibuat adalah pada 2010 lalu, juga oleh Kerajaan Negeri yang sama.

Ekoran kenaikan gaji pentadbiran, PBT terpaksa menaikkan kadar cukai beratus-ratus kali ganda tingginya meliputi cukai pintu, cukai dan premium tanah selain yuran lesen perniagaan. Sekaligus meningkatkan kadar harga untuk semua sektor terutama sekali makanan dan perkhidmatan bagi rakyat negeri Selangor.

Sekalipun Pakatan Rakyat cuba memindahkan sebahagian daripada kesilapan mereka kepada Kerajaan Pusat, namun baik pemimpin mahupun para penyokong Pakatan Rakyat gagal memberikan penjelasan rasional di sebalik kenaikan berkenaan tanpa melibatkan kenaikan kos.

Paling ketara ialah, Kerajaan Negeri Selangor telah menaikkan kadar sewa untuk perumahan PPR yang menempatkan golongan marhein dan berpendapatan rendah pada kenaikan 100% berbanding kenaikan tahun lepas.

Walaupun kenaikan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker telah dibekukan dan bukannya dibatalkan, namun tiada sebarang rancangan untuk menurunkan kadar kenaikan cukai yang telah dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Dengan kata lain, pembekuan tersebut tidak akan memberikan sebarang faedah kepada rakyat, melainkan untuk populariti Pakatan Rakyat semata-mata.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.