Perangkap yang dipasang oleh blogger-blogger UMNO untuk menunjukkan
betapa tidak cekapnya dan tidak bergunanya Menteri KPDNKK, Hasan Malek
telah dimakan. Hasan Malek telah tercebur ke dalam perangkap tersebut
tanpa disedarinya.
Hari ini, Hasan Malek serta beberapa Pergerakan Pemuda Bahagian Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung fitnah yang menyatakan Hasan Malek akan meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK selewat-lewatnya Isnin ini.
Hasan Malek menempati kedudukan teratas sebagai MENTERI PALING BODOH dan MENTERI PALING LAWAK dalam hierarki Kabinet negara. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Malek, tidak sahaja menyinggung perasaan rakyat Malaysia, bahkan menyebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia melihat Hasan Malek sebagai liabiliti yang perlu dinyahkan segera daripada pentadbiran negara kerana cubaan membodoh-bodohkan rakyat.
Masalah kenaikan harga telah diutarakan oleh blogger-blogger pro-UMNO jauh lebih lama sebelum blogger-blogger dan penggiat media sosial pro-Pakatan melakukannya. Namun Menteri ini hanya memekakkan telinga, sebaliknya turut mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menggambarkan ketidakpeduliannya tentang masalah masyarakat, sekaligus masalah sokongan dan persepsi rakyat kepada UMNO-BN.
Hasan Malek pernah berkata ketika isu kenaikan harga ayam yang melampau, "Jangan makan ayam", menyebabkan dia mendapat gelaran kekal MENTERI AYAM oleh rakyat Malaysia. Tiada sebarang langkah-langkah kekangan dan halangan dibuat oleh KPDNKK untuk memastikan para pemborong tidak menaikkan harga, sebaliknya nasihat yang diberikan oleh Hasan Malek kepada rakyat Malaysia ialah, 'JANGAN MAKAN AYAM' menerusi teori ekonomi dangkalnya, 'harga akan diturunkan apabila permintaan menurun'.
Banyak fitnah yang dilakukan oleh jentera propaganda Pakatan Rakyat termasuklah kenaikan harga RON95, kenaikan harga beras dan sebagainya. Namun KPDNKK dan Hasan Malek tidak memberikan reaksi balas termasuklah tidak pula membuat laporan polis atau meminta untuk pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.
Bagaimanapun, apabila ada berita kononnya dia akan meletak jawatan, Hasan Malek dan para penyokongnya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis bagi tujuan membersihkan namanya.
Justeru ditimbulkan persoalan ialah mengapa dalam hal yang membabitkan kebajikan rakyat, Hasan Malek, KPDNKK dan para penyokongnya terlalu lambat bertindak tetapi apabila membabitkan kepentingan diri, reaksi yang diberikan ialah hampir serta-merta.Tidak cukup dengan penafian peribadi, digunakan pula Kementerian. Tidak cukup dengan penafian, dibuat pula laporan polis.
Adakah ini bermakna Hasan Malek lebih mementingkan temboloknya sendiri berbanding rakyat?

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.