IPOH - Kerajaan digesa mula bertindak sekarang bagi menangani penggunaan
isu kalimah ALLAH dalam kitab Bible yang hangat diperkatakan
kebelakangan ini.
Pendakwah bebas, Mohd Kazim Elias Al Hafiz berkata, kerajaan sudah terlalu lama berlembut dan berdiplomasi berhubung perkara tersebut sehingga golongan bukan Islam, khususnya Kristian, mula mendesak agar kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible mereka.
Mohd Kazim berkata, desakan golongan itu jelas melanggar perlembagaan negara kerana ia melibatkan kesucian umat Islam dan kesucian ALLAH itu sendiri.
“Kalimah ALLAH ini sebenarnya tidak ada dalam kitab Bible mereka. Yang ada hanyalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’. Jadi gunalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’ itu sahaja berbanding kalimah ALLAH yang hanya khusus kepada umat Islam.
“Kita juga kena ingat, selama ini mereka jarang menggunakan bahasa Melayu dalam upacara-upacara di gereja. Jadi, kenapa yang sibuk-sibuk nak guna kalimah ALLAH sedangkan selama ini kekok untuk bahasa Melayu?
“Justeru, dalam isu-isu sebegini, khususnya yang melibatkan soal keselamatan, agama, dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah atau memberi ruang masa yang terlalu lama untuk bertindak. Ini akan beri kesan yang tidak elok kepada negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Peringkat Risda Negeri Perak, di sini, semalam.
Katanya, Mohd Kazim berkata, wujud pendapat yang mengatakan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, golongan kafir telah menggunakan kalimah itu.
Katanya, penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan kafir pada ketika itu salah dan jauh bertentangan dengan ajaran Islam.
“Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk bawa pengajaran sebenar kepada mereka. Tanggapan bahawa ALLAH ada anak dan Nabi Isa itu jelmaan ALLAH tidak betul.
“Oleh sebab itulah Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk perbetulkan keadaan dan membawa pengajaran yang sebenarnya, ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya.

Sinar Harian
Isu kalimah Allah jgnlah terlalu d sensasikn nnti ada indvidu/pihak-2 trtntu nak tunjuk hero.Apa yg penting ialah t/jawab semua pihak dr pelbagai lapisan kaum muslimin(pemerintah mahupn rakyat).Mereka perlu mmainkn peranan utk mnerangkn hakikat allah yg sebenarnya(Tauhidullah).Kalu ada pihak lain yg nak guna kalimah Allah itu kebebasan mereka(agenda trsembunyi mereka kita serahkn kpd Allah).Ana cadangkn drp media massa(elektronik @ cetak) menyiarkn perkara-2 yg x bkualiti(certa tahyul n sbangsa dgnnya) baik bykkan program agama/dienul Islam.Terangkn prbezaan Allah menurut Islam (ASWJ) dgn Allah versi kristian.Supaya al-furqan jelas.Buatlah sesutu dgn tenang n jgn panik.Kebebasan d jamin oleh Islam sampai yaumil qiamah.W/pun demikian kita sbg khaira ummat ada hujja mantap n kukuh n x perlu risau dgn dakyah musuh-2 Islam (kita ada ilmu sdangkn mereka x ada-itulah hakikatny jika ikut maksud firman Allah.Jadi apa perlu takut n risau kpd musuh-2 Islam sehingga trlebih-2 panik.Apa yg penting ialah langkah-2 k depan myelamatkn ummat 'al sunnatillah wa sunnatirrasul.Apa yg harus kita risaukn ialah diri kita sendiri n kawan-2 yg x ada ilmu dienul Islam(mereka ini golongan sasar kita utk 'islah').Jgn takut bsaing kita byk kelelbihan(itu jaminan Allah n NabiNya jk kita belajar Islam n sejarahnhya).Islam tetap gemilang dgn masa depan yg terbilang(kebyakkan ummat Islam sendiri x tahu prkembangan Islam d seluruh timur n barat dunia;cth:ramai yg mmeluk Islam d Eropah n Barat mcm pisang yg d goreng hangat-permintaan tinggi trhdap Islam melambung mcm biz yg x akan bangkrap selama-2nya.Anda faham?Renung-2kanlah keajaiban janji Allah terhadap ummat Muhd SAW sudah brlaku.Kita je yg x mkaji.Wassalm.brsambung.................
BalasPadam